kerana hari esok bergantung pada hari ini "
______________________________________________
Sekarang hati aku lebih tenang dengan kehadiran orang baru yang hadir tanpa diduga . Menginjak usia 20 tahun , ini adalah fasa dimana proses mematangkan diri berlaku . Terkadang aku terlalu taksub dengan kesempurnaan... Sampaikan tidak dapat membezakan antara perkara yang baik mahupun buruk. Taksub nak kelihatan cantik pada pandangan duniawi ...
Dalam fasa mematangkan diri ini aku ada terfikir .. Adakala cantik pada pandangan manusia , tapi belum pastinya cantik dimata-NYA.. Kita juga adakala ditemukan dengan orang yang salah untuk kita belajar mengenal dan memahami kehendak diri . Hargailah dengan cara mentaati ALLAH , dengan perasaan tidak berasa terhina , sebaliknya merasakan bahawa kita telah dianugerahkan tubuh badan yang sihat dan selengkapnya tiada cacat mahupun cela :)
"Aku tertanya andai suatu masa cinta datang mengetuk kamar hati, adakah cinta itu hadir kerana rupa paras atau hadirnya kerana dambakan cinta abadi lagi hakiki buat mengisi kekosongan hati .
Saban hari aku berdoa dengan penuh rasa cinta agar ALLAH menunaikan impian serta menyembuhkan luka dihati , dengan hati yang tawaduk aku tahu DIA memberi apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu . Janji ALLAH tak pernah mengecewakan kita , tapi janji manusia seringkali buat kita terluka ...
Tahukah semua ?? cinta pada jasad adalah cinta sia-2...Cinta yang lahir dari hati , niat kerana ALLAH TAALA membawa kita ke jalan syurga ..
Cintailah aku kerana niat mahu membimbing aku kejalan-NYA ..
Nikahi aku kerana rasa tanggungjawabmu sebagai lelaki yang soleh.
Pimpin tangan aku dan 'amanahmu'(anak-2) menuju cahaya NUR,
janganlah kau sia-kan kami kelak .
Jadi imam dikalangan kami
Jika kau tidak bersedia pikul tanggungjawab ini , maka melangkah pergilah kau dari hidup aku ,
sesungguhnya itu mengecewakan aku wahai LELAKI ."
::kejujuran itu kekasih ALLAH , berterus terang itu sabun pencuci hati dan pengalaman itu bukti::
_______________________________________
KEPADA SI KEKASIH::
Sesungguhnya , Demi Allah saya sayangkan awak , dan dengan harapan penuh kecintaan , apa yang kita punya sekarang hargailah sebaik mungkin..Juga diharap kali ni hubungan nih berkekalan hingga terputus nyawa dari jasad . Saya letih bertukar cinta , cinta bukan pakaian .. dah beli, cuba pakai , tak selesa terus campak , cari yang lain ..Padahal kita boleh perbaiki baju tuu sampai selesa untuk kita pakai ...Jangan mudah sangat melatah.Cinta itu indah andai kita saling melengkapi, bukan saling bergantung dan berharap..
Tak pernah saya terfikir di fikiran , sama ada awak layak ataupun tidak , kerana kita selalu diberi peluang, dan kita mampu berubah .
Tolong bimbing saya didunia dan diakhirat.
Saya juga berpegang pada janjiNYA , andai bukan awak yang ditakdirkan untuk saya , maka..sekali lagi...... saya akan redha ,.. Tapi tak dapat saya sembunyikan kekecewaan andai itu yang terjadi :')
cintai saya kerana rasa keimanan kepada ALLAH TAALA , jangan bertuankan nafsu.
::manisnya bercinta dengan ALLAH akan membuatkan kita tidak menagih cinta manusia...Tetapi jika kita mengaharapkan cinta manusia dan memburunya, maka kita tidak akan menemuinya kerana cinta bukan sesuatu yang dicanang-2 dan boleh dibeli. Cinta adalah perasaan yang paling halus, anugerah ALLAH pada hati setiap insan::
Selagi awak terus mencintai saya , selagi itulah cinta saya milik awak .
sayang kamu disetiap nafasku ^__^
Cinta yang hadir sekarang bukan dipaksa ,
Dan terima kasih kerana 'mencuba'.
"Jika cinta jangan berlebihan kelak nanti kamu akan terperangkap dalam kejemuan , Jika benci jangan terlalu membenci takut satu hari nanti , hati merindu"
TERIMA KASEH SUDI BACA ^__^



Tiada ulasan:
Catat Ulasan