"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya , tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai.."
Bila kita kerap dilukai , kita adalah manusia yang paling kebal hatinya . Maka , aku bangga bila diuji ..dan terus dilukai , itu menjadikan aku kuat . melatih diri aku untuk sentiasa 'bersedia' . Aku hidup untuk diri aku , bukan untuk sesiapa , tiada perjanjian untuk itu . Jika ada maka buktikanlah :)
Lumrah , kita tetap manusia , tak ada dalam KITAB CINTA setiap masa harus bersama , ada tak kita berfikir sejenak ? kalau setiap masa nak diluangkan bersama , kenapa waktu tidur kita tinggalkan kekasih kita ?? kenapa waktu tidur kita tak dikorbankan untuk kekasih??? bercintalah dengan realiti , dan bersikap realistik , mengapa nak jadi seorang yang tak realistik ?? berkobar-2 pertikaikan 'mengapa tiada masa untuk diluangkan bersama ?' Berfikir sebelum bercakap :)
Kita masing-2 ada tanggungjawab . Jangan nak hukum sesuka hati . Aku rela melepaskan andai yang dicinta tak mampu nak terima kebenaran . Dan demi ALLAH aku tak rela memainkan perasaan orang mahupun merelakan perasaan aku sendiri dipermainkan .
Melihatkan tingkah lakunya dia , aku terfikir apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya. Cuba menduga hati ataupun ???
Kau minta hati aku , aku tak izinkan , kau yakinkan aku ,dan aku terima . Tapi kenapa kau tak pernah belajar menghargai ??
Ada yang berbuku dihati maka keluarkanlah . Jangan lahirkan dengan rasa yang sinis :) nanti diri sendiri yang sakit , benci kata benci .. Tiada lagi cinta dihati maka pulangkan hati aku kembali .
-Kebenaran yang terlalu manis untuk ditelan-
Mulamula pernah aku terfikir , kau lamar hati aku kerana apa ? tapi kau jawab 'cinta tak perlukan sebab'
Tapi sekarang aku dah mula menafsir , adakah 'cinta' yang kau mintak dari aku sekadar nak mengisi rasa kosong dihati ??? nak mengubati hati yang calar ???
Dalam keadaan hati aku yang berbelah bahagi waktu itu , aku cuba :) belajar untuk tatang rasa cinta dihati untuk dia yang datang mengetuk pintu hati . =)
Bila cinta dah mula nak bersemi , ada pula yang datang menguji . Dah kalau kau nak sangat dengan orang lain , buat apa kau datang :)
Alahai cinta hati . pergilah kau pergi aku merelakan kau pergi .


Tiada ulasan:
Catat Ulasan