"Aku tak sebaik yang kau ucapkan tetapi aku tak seburuk yang terlintas dihati mu ... "
Kadang-II mulut ni boleh menafikan setiap kata-II tapi percayalah , tak ada satu orang pon dalam dunia ni mampu menafikan perasaan , menipu diri sendiri . Kalau ada buktikan .
Disetiap pengakhir cerita cinta aku selalu berakhir dengan kegagalan . Kegagalan yang sama .
Sampai satu tahap aku dah terlalu letih nak mulakan balik hubungan yang baru . Kembali berkenalan , nak kena selami hati budi masing-II , kenal baik buruk diri masing-II . Penat . Sangat penat .
Teringin nak bercinta macam pasangan lain , tapi . Cinta aku terlalu luar biasa , dan hanya orang-II luar biasa boleh terima cinta 'di luar kotak' aku .
Orang biasa takkan boleh sesuaikan diri dengan 'suasana' orang macam aku .
Orang biasa takkan boleh sesuaikan diri dengan 'suasana' orang macam aku .
Kelemahan aku , aku takut nak cuba biar lelaki mendekati aku , bila ada yang sudi aku pantas menolak . Bukan sebab aku memilih , tapi takut mereka yang cuba mendekati aku yang tersalah pilih .
Kenapa tersalah pilih ?? Mereka bersikap terlalu memuji . Memuji dan terus memuji , padahal aku tak secantik yang disangka . Bila ada lelaki yang menghulurkan salam perkenalan dengan puji-pujian yang melampau , aku singkir awal-II dari senarai .
Sebab ??
Macamana sekalipun sikap/rupa aku , baik buruk aku ..semua kekurangan aku , kau pastinya boleh menerima kalau kau ikhlas cintakan aku kerana diri aku . Dan jangan sesekali mencintai aku kerana kelebihan yang aku ada sekarang , kerana aku takut kau tak dapat terima diri aku jika suatu hari nanti Allah menarik balik semua kelebihan yang telah diberikan pada aku .
Tinggalkan cerita mengarut diatas . Point sebenar aku ialah berkongsi keinginan hati yang dah lama termaktub dalam hati sejak azali .
MENCARI PEMILIK RUSUK
&
MENJADI PELENGKAP KEPADA PEMILIK RUSUK ITU SENDIRI
Mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami serta menjadi ayah yang baik pada bakal anak-II adalah wajib . Mencari perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri serta menjadi ibu yang penyayang kepada anak-II juga wajib . Jadi , siapa yang tak nak dapat pasangan hidup seperti diatas ? Kan ??
Jadi ..
Langkah pertama untuk mulakan pencarian :)
♥Mencari lelaki yang takkan memberikan perhatian , cinta atau sayangnya pada wanita yang tidak halal untuknya
♥ Yang boleh membimbing ahli keluarga , para sahabat serta para wanita ke jalan ALLAH..
♥ Berlemah lembut , penyabar pemaaf dan berakhlak seperti rasulullah #nobodys perfect
♥ Tidak berdua-duaan menyentuh perempuan ajnabi .
♥ Tidak melihat aurat wanita dan menundukkan pandangannya seperti perintah Allah kepada lelaki; “katakanlah Wahai Muhammad kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka MENYEKAT PANDANGAN MEREKA DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.”(Surah an-Nur:30
♥Tidak menyebabkan wanita lalai dari menjadi hamba ALLAH yang baik
♥Hati dan lidahnya lurus seperti imannya
♥ Awak lelaki soleh andai semua perintah TUHAN dilaksanakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai sunnah NABI dilakukan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai solat FARDHU disegerakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai hati ROHANI dijagakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai agama ISLAM didakwahkan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai sunnah NABI dilakukan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai solat FARDHU disegerakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai hati ROHANI dijagakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai agama ISLAM didakwahkan ♥
"Jika datang LELAKI SOLEH yang ingin menjadikanmu teman hidupnya , DAN kamu tenang melihatnya serta merasa selesa dengan dengan
AGAMA & AKHLAKNYA maka TERIMALAH dia dengan sebaiknya ...
Bukan untuk dirimu tapi untuk zuriatmu kelak ..
Jika tidak engkau berbuat demikian , akan terjadi FITNAH dan Kerosakkan yang luas kelak.."
Wahai jodoh , tak kiralah siapa pun kau , aku akan setia menunggu . Dan berjanji akan terima segala kebaikkan dan keburukkan mu , ada satu permintaan kecil dariku , terimalah aku seadanya sepertimana aku redha terima kau seadanya . Kerana tiada siapa pun yang sempurna . Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaanya tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai .
Saling melengkapi itu sebenarnya maksud sebenar SEMPURNA .
Wanita yang solehah takkan mengalah hanya kerana cinta seorang lelaki yang belum pasti menjadi suaminya .
Jodoh itu rahsia, tapi kita dapat rasa kehadirannya :')
Always :)
Selalu jadi benda ni kat kita kann ???
Kita suka dia tak suka .
Kita tunggu dia , Dia tinggalkan kita .
Dia perlukan kita kita tetap ada .
Aku rindu dia yang pernah hadir mewarnai babak-II manis dalam hidup aku .
Well . past is past . Let bygone be bygone .
Setiap pertemuan ada perpisahan .
Dan
Setiap perpisahan akan ada pertemuan baru .
Tuhan beri kesempatan untuk kita kenal orang yang lebih baik sebenarnya .
Andai dia milik kita , percayalah apa pun rintangannya takdir pasti akan kembalikan dia kepada kita :')
Kadang-II aku selalu mengeluh , kenapa , mengapa dan bagaimana aku nak belajar menghargai apa yang ada didepan mata .
dah cuba .
gagal . cuba lagi . gagal . dan cuba lagi sampai satu tahap aku dah tak betah nak bertahan . aku lepaskan semua pergi .
Aku hanya berpegang pada satu ,
Tuhan takkan beri apa yang kita mahu ,
Tapi DIA bagi apa yang kita perlu :)
Tengok kawan-II yang muda-II belia bina masjid , tumpang bahagia tengok dorang bahagia .
Duduk termenung sorang-II renung balik dalam dalam setiap hikmah .
'Zaa.. pecayalah setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya . Dorang dapat kawen awal sebab dorang yakin dorang mampu galas tanggungjawab tu .. Tuhan bukan tanak ko bahagia cam orang lain , Dia pon tau apa yang kau nak sekarang , tp Dia lebih mengetahui . Mungkin sebenarnya ko belum 'cukup kuat & yakin' untuk pikul tanggungjawab tu . Bukan mudah nak jadi seorang isteri dan menjadi ibu kepada anak-II . Silap langkah nanti terabai amanah yang tuhan bagi kat ko tu , nerakalah tempat ko nanti zaa . Diri ko sendiri terumbang ambing camane zaa ko nak didik anak-II & suami ko nanti??? 'Senyum meniti dibibir .
Tuhan , tolonglah hantar sebaik-baik lelaki untuk aku .
Janganlah rupa paras yang menjadi pilihannya , sebab aku bukan orang yang dia cari . Biarlah dia jatuh cinta kerana siapa aku , diri aku , tingkah laku aku , keburukkan aku ,
dan yang penting biar dia jatuh cinta dihati aku , bukan pada rupaku Ya Allah .
Dan jika ada lelaki sebegitu baik menerima segala kekurangan aku , aku juga akan menerima dia dengan hati yang sangat amatlah lapang . Dan janganlah kau biar kami hanyut dalam cinta dunia terlalu lama Ya Allah ,
Akhirikanlah hubungan kami dengan hubungan yang halal menuju JannahMu , serta berikanlah kami kelak zuriat yang soleh dan solehah .
AMIN~
:)
TERIMA KASIH SUDI BACA ^_^




.jpg)



Nice entry..try la singgah blog aku lak.tgk entry aku kat post lama2
BalasPadam