Sabtu, 19 Januari 2013






Doa Nabi Yusuf Dikala Merindui Zulaikha.

" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "

Sejenak : 

Jangan pernah sesekali kita mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba , 
Jangan sesekali pula kita menyerah jika kita masih sanggup .
DAN jangan sesekali kita tak lagi mencintai tapi hati masih tak dapat melupai :)




11.10malam
Masuk bilik , baring . Tarik selimut , selimut separuh badan . Capai handphone , renung lama . Senyum . Letak handphone disebelah . Peluk bantal . Pejam mata , menangis . Terlelap .
Mimpi : Terjaga pukul 12.30 . Pusing kiri pusing kanan . Gelisah . Orang kata ... kalau mimpi seseorang , maknanya orang tu tengah rindu kita sangat sangat . Rindu saya eh :)

#Fakta . Mimpi sebenarnya ada hubungkait dengan hubungan batin diantara 2 atau lebih sesama manusia untuk menyampaikan sesuatu . Sebab mimpi ni mcam radio . Ada frekuensi tersendiri . Jadi ..kantoilah awak rindu saya :)



Kasih tak bermakna harus memiliki . Orang yang nak masuk dalam dunia saya perlu kuat , segagah mana pon awak , bila berdepan dengan saya awak akan jadi selemah2 manusia . Saya lah manusia yang Tuhan cipta untuk menguji segenap penjuru hati manusia . Termasuk mak ayah saya yang dah membesarkan saya selama 21 tahun . Serius , merekalah satu2nya manusia yang betah bertahan dengan kewujudan saya :) mereka kuat .

Saya yakin . Saya manusia paling aneh yang awak pernah hadap . Kadang , saya boleh jadi sorang anak gadis yang paling degil dan tegas pendiriannya , sampaikan setiap apa yang saya kata tak boleh dibetulkan walau sedikit pon . Kalau A kata saya , maka A lah selamanya .

Dan jangan awak terkejut bila awak tengok saya jadi manusia yang paling manja dan paling lemah atas muka bumi ni bila saya disisihkan , dipinggirkan atau ditinggalkan .
Saya boleh menangis tersedu sedan sehari suntuk kerana perkara yang kecil . Saya boleh merajuk kalau ada saja yang awak buat tak kena dihati . Itu pun xda siapa pun yang mampu hadap kecuali mak ayah saya .

Jadi saya tak hairan kalau dengan mudah awak melangkah pergi dari hidup saya , sebab saya dah agak awak tak cukup kuat untuk hadap manusia pelik macam saya . Sama seperti mereka yang lain , yang pernah singgah dalam hidup saya .

Tambah pula , saya sendiri tak selesa untuk berdamping dengan lelaki sebaik awak . Terasa jauh saya nak capai tangan awak , apatah lagi nak genggam erat . Mungkin awak bukan orang yang tepat untuk saya . Tuhan tak beri apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu .

**Menyayangi diri sendiri sebenarnya adalah satu jihad**




Kadang kita ni tak sedar apa sebenarnya yang tuhan cuba aturkan untuk kita . Setiap kejadian sebenarnya ada hikmah yag tersembunyi . Baik atau buruk sesuatu kejadian itu bukan soalnya . Sebab . Tuhan dah bagi kita peluang untuk pilih . Samada ianya berakhir dengan cara baik , ataupun berakhir dengan cara yang tidak baik . Kalau kita bijak , pasti kita tau macam mana nak pastikan perkara tu berakhir dengan baik . Melainkan kita tak endah dengan peluang yang dah diberikan yang mana akhirnya akan berakhir dengan penghujung yang da tentunya tak baik .

Dia hadirkan sesuatu dalam hidup aku . Aku gembira . Dia ambil kegembiraan aku . Aku redha . Sebab aku tau , andai kegembiraan tu milik aku , Dia pasti akan kembalikan . Cepat atau lambat yang menguji sekuat mana iman kita .
Andai dah tertulis dalam takdir dia milik aku , aku yakin dia akan kembali . 



Wahai imam dan bakal ayah kepada anak-anak ku :
"Saya tunggu awak . Tak kira cepat atau lambat . Saya sentiasa ada kat sini . Baik atau buruk diri awak , saya berjanji akan terima seadanya , begitu jugaklah sebaliknya , baik atau buruk saya sama-sama kita baiki . Kerana seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai .."

Cinta selepas kahwin tu lebih manis .

Semoga ALLAH berikan pelangi disetiap hujan..
Senyuman di setiap tangisan ..
Rahmat untuk setiap cubaan..
Dan memakbulkan doa di setiap permintaan .


Saya tak perlukan kekasih hati hati untuk bercinta , tapi saya perlukan lelaki yang bernama suami untuk pimpin saya menuju jannahNYA .

Barakallah .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan