Rabu, 29 Februari 2012

hari kerjaya | Ceritera PUNCAK MUTIARA CAFE

Entry bergambar :)

Entry kali nihh berbaur entry bergambar :)
Muimuii nak tunjuk tempat keje muimuii yang muimuii sayangi <3
Tempatnya cantik , ^_^
tempat muimuii selalu gelak-2 ta hengat dengan kengkawan TERCINTA 
Juga tempat kami semua saling sentap menyentapi sesama sendiri
Lalu mengulat kan diri :P 

Okayy nak cerita serba sedikit tentang 
PUNCAK MUTIARA CAFE nihh
Manusia-2 disebalik tabir :)

Owner :: TUAN HAJI HALIM & ISTERI
Orang-2 KUAT ::
-Abang syukri
-Abang zul
-Abang jan
-Kak ayu
-Kak siti
-Kak mimi
-Kumar
-dan seluruh staff PCM :)-


Mereka adalah makhluk ALLAH yang menjadi tulang belakang kepada
PUNCAK MUTIARA CAFE
^_^



-SEULAS DUA GAMBA BUAT TATAPAN RAKYAT JELATA-

-PUNCAK MUTIARA CAFE JUGA PERNAH MENJADI PILIHAN DESTINASI JALAN-2 CARI MAKAN UNTUK BUAT PENGAMBARAN DIORANG -
So , kita beralih kepada menu-2 makanan pula :)
Antara makanan fav customer kat PUNCAK MUTIARA CAFE nihh salah satunya adalah::

  

 BERIANI PEHA KAMBING :)
RM 19.80 -.- "sangat berbaloii tahu.."
Pinggan pon bukan calang-2 punya saiz :)

NEXT

-silalahh terliur okayy-

-banana split-

-perot muimuii tengah berdondang sayang , tatkala buat entry bab-2 makanan-

-chicken maryland :) ABC PUNCAK MUTIARA most fav-

 Jalan-2 time :)
sekitar PUNCAK MUTIARA ::

-interlake-







 KAMI :)
Bestfriend ever 
kembar si bona boni
illah
thia
imran
kak dilla
kak nisa
kak ain
boboii
una
fatin
maz
syami
yun kendo
zaza 
^_^


kak nisa , syami and thia ^_^
ini tempat kami salu melepakkan diri

si thia yang tengah bad mood :)


bona dan thia <3


si boni :)



Tak lama lagii muimuii akan tinggalkan tempat nihh sebab ditugaskan kat tempat lain ..hahahhaa
Welcome to Picco de Perla Bakery
"ntah betol ke idakk namanya kedai tuhh camtuu gasaklah..haha"
Kat PUNCAK MUTIARA CAFE nihh muimuii hanya TRAINING SAHAJAA
wuu ..act best jugak keja kat sini , seronok tempatnya besar , walaupun penat sikit , tapi normal lahh kan ..
dapat bejalan berlari berjoging diantara pondok-2 yang bergelimpangan dekat PMC tuhh sangat amattlah membuatkan muimuii BAHAGIA  (pmc shortform ferr puncakmutiara cafe)
Nanti mesti muimuii rindu kat pokok-2 buluh kat situ , rindu anak kucing 
bangla
nepal
kakak-2 abang-2 kitchen
hahahahha

So diharapkan muimuii betah bertahan lebih lama kali nihh untuk terus berkerja walaupun adakalanya acapkali hati nihh terguriSS tatkala melihatkan sikap sesetengah manusia sekarang yang 
AGAK BERSIKAP KURANG ADIL DAN SAKSAMA
tapi takpelahh adat DUNIA
yang cantik didahulukan yang huduh dipinggirkan ..
hahaha
"eh apa kena mengenanya ???"
-statement diatas tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah meninggal dunia okayy-


AKHIR KATA

SELAMAT DATANG KE
PUNCAK MUTIARA CAFE

TERIMA KASIH SUDI BACA ^_^

Ahad, 19 Februari 2012

SAY ALHAMDULILLAH SAYANG :)


Say Alhamdulillah
Thank you
ALLAH




             Biasakan lidah kita dengan lafaz ALHAMDULILLAH :)
Kerana setiap pemberian dari ALLAH SWT kepada kita sebenarnya adalah rahmat .. Pernah atau tidak anda terfikir untuk lafaz kata alhamdulillah selepas terjaga dari lena yang panjang??? Diberi lagi kesempatan menghirup udara yang nyaman..Melahirkan rasa syukur diatas satu lagi peluang untuk menikmati kehidupan dan menatap wajah-wajah orang yang kita sayang .. yang mana kita sendiri takkan pernah puas untuk menikmati semua ini ??? Dalam kejahilan iman muimuii, terlalu banyak persoalan yang menyesakkan benak fikiran muimuii ...
            Dalam dunia ini , tidak semua yang dilahirkan sempurna , bernasib baik seperti kita sekarang ... Dan percayalah mereka yang lahir dengan keadaan serba kekurangan itu ,tak minta dilahirkan sedemikian rupa ... Tapi , TUHAN tahu apa yang DIA dah rencanakan ...DIA aturkan sebaik mungkin kehidupan semua hambanya , bernasib baik atau tidak , bukan itu persoalannya ... tapi ujian yang diberi , bukan ujian yang sia-sia ..ujian itu setimpal dengan ganjarannya . Jadi janganlah kita mengeluh tanpa mengetahui apa yang sudah DIA aturkan untuk kita :)
DIA uji mengikut kemampuan hambaNYA...mana mungkin DIA uji kita dengan ujian yang melebihi dari batas kemampuan kita sebagai manusia biasa . DIA Maha Adil lagi Maha Penyayang .


______________________________________________________________________________


  Hari nihh muimuii nak cerita pasal , seorang pakcik kat kampung muimuii , dia sepertinya kurang waras ... hidup serba daif .. tinggal bersama ibu dia ... dari kecik muimuii takot tengok dia ..macam orang jahat , yelahh senyum sorang-2 kayuh beskal ke hulu kehilir  "itu mase muimuiikecikk lah ..sekarang da besar tak takot daahh >__< "
tadi masa balik dari umah nenek, ternampak pakcik nihh kayuh beskalnya cam biasa ... Adik muimuii pon cakap ngan ayah.
iman : ayah pakcik tuu hidup lagii ?? jauhnya dia kayuh beskal sampai sini (summit bukit mertajam)
ayah : tulahh rahsia dia panjang umur , kayuh beskal sepanjang hidup ..sehat , keluar peluh..bukan macam
          hampa ...
iman : kesian pakcik tu gela kan ayah ??
ayah : dia gela pon , dia tau lagi ingat tuhan ..pi masjid hari-2..sembahyang tak pernah tinggal ..kita yang   
         tak gela nihh ada 
         nak ingat tuhan ??? malu ja kat orang gela , kita yang waras tak sembahyang.
mui2: untunglah dia gela , tak waras ..tayah sembahyang pon takpa..kalo dia sembahnyang pon ..tuhan 
          terima ka ibadah dia ayah ???
ayah : tuu antara dia dengan ALLAH...kita nihh yang waras tak berasa malu ka kat dia yang tak waras tu??
         dari muda sampai tua sembahyang tak pernah tinggal .. tuhan jadikan dia camtu , tapi dia tak
         merungut pun , sujud jugak kat tuhan , bersyukur dengan apa yang dia ada harini.
         kita nihh pernah ada rasa nak berterima kasih ?? hidup lahir sempurna , xda cacat cela . (babbling)
          ............................-bunyik cangkerik- 
See?? sebenarnya pakcik tuu tak diwajibkan sembahyang pon , dan tak perlu pon ..dek kerana ketidaksempurnaan akal fikiran dia ...tapi kenapa dia sembahnyang jugak ?? itu sebagai tanda betapa dia menghargai kehidupan yang PENCIPTAnya dah beri pada dia ...juga sebagai tanda dia mensyukuri dengan kehidupan yang dia punya sekarang . walaupun dia tak waras ..kita tak dapat baca fikiran dia . hanya dia dan Maha PENCIPTA yang tahu ...
Jadi muimuii heran , kenapa kita yang dilahirkan sempurna tanpa cacat dan celanya , dikurniakan akal fikiran yang waras , mampu membezakan perkara yang baik mahupun buruk , tak dapat luangkan sedikit waktu dengan DIA untuk melafazkan rasa terima kaseh dan mensyukuri nikmat hidup yang kita punya sekarang ???
KENAPA??
ALLAH kurniakan kita 24jam sehari , dalam sehari kita boleh on call,dating , lepak sampai berjam-2 dengan awek , client , boifren, mak , ayah , boss, kengkawan..
tak boleh ke kite luangkan masa 25 minit je sehari untuk 5 waktu solat yang dah diamanahkan kepada kita ???
bukannya berat sangat pon , ALLAH tuu tak kejam..selalu ada dengan kita 24jam , dalam jaga mahupun tido ..
tak boleh ke kite luangkan sikit masa yang tak seberapa tu , alunkan zikrullah ??
sambil drive keta , bawak moto , tengok tb , siram pokok bunga kat halaman rumah , baring-2 sebelom tido , cuba amalkana berzikir ?? xluak pon haishh waktu korang semua :)
pahala pon dapat ..free-2 je malaikat catit bonus mata ganjaran berlimpah ruah , lagi hebat dari bonus yang BONUSLINK bagi tu >__< mahupun bonus hujung taon yang cipot lagi tak seberapa tuu ..lekat celah gigi je bonus dunia nihh , bonus akhirat korang tatau plak ganjarannya camane kan ??
haaa....
DIA sentiasa ada untuk KITA :)
Dia sentiasa memberi ruang dan membuka pintu taubat seluas-luas alam untuk kita ... Percayalah , DIA tak pernah menolak hambaNYA yang datang memohon keampunan, malah sangat dialu-alukan kita untuk berbuat demikian dan kembali ke pangkal jalan . Pintu kemaafan sentiasa terbuka buat kita , antara mahu ataupun tidak ,.. muimuii berani potong jari muimuii , TUHAN tu Maha Pengampun , so jangan risau , korang takkan diREJECT punya , janji ikhlas , kalo tak ..ha meh sini potong jari muimuii sebab cakap tipu...
Muimuii pon bukan baik sangat , sekadar menjadi insan lemah yang tak berdaya sekadar saling ingat mengingati antara satu sama lain , ada salah silap tego lha muimuii nii :)

Raihan :: sesungguhnya :) - muimuii suka lagu nihh -

Segala yang baik datangnya dari DIA, mana yang buruk datangnya dari diri muimuii sendiri..salah dan silap harap dimaafkan . 

TERIMA KASEH SUDI BACE ^__^


Khamis, 16 Februari 2012

Cinta Antara Kekasih dan Maha Pengasih

   "Belajarlah merindui kasih sayang ALLAH.Perkukuhkan diri untuk menghargaiNYA yang memberi kita kesempatan bernafas, kesihatan dan rezeki daripada merintih kasih sayang manusia . Musibah dan ujian akan hilang jika kita mampu bersabar menanti datangnya jalan keluar dari segala belenggu. Usah putus berdoa kerana jika DIA memudahkan , maka mudahlah ia. Kekuatan akan terserlah dan kerumitan akan lenyap andai kita dapat melupakan semalam 
   kerana hari esok bergantung pada hari ini "




______________________________________________

   Alhamdulillah , 
Sekarang hati aku lebih tenang dengan kehadiran orang baru yang hadir tanpa diduga . Menginjak usia 20 tahun , ini adalah fasa dimana proses mematangkan diri berlaku . Terkadang aku terlalu taksub dengan kesempurnaan... Sampaikan tidak dapat membezakan antara perkara yang baik mahupun buruk. Taksub nak kelihatan cantik pada pandangan duniawi ... 


   Dalam fasa mematangkan diri ini aku ada terfikir .. Adakala cantik pada pandangan manusia , tapi belum pastinya cantik dimata-NYA.. Kita juga adakala ditemukan dengan orang yang salah untuk kita belajar mengenal dan memahami kehendak diri . Hargailah dengan cara mentaati ALLAH , dengan perasaan tidak berasa terhina , sebaliknya merasakan bahawa kita telah dianugerahkan tubuh badan yang sihat dan selengkapnya tiada cacat mahupun cela :)
   "Aku tertanya andai suatu masa cinta datang mengetuk kamar hati, adakah cinta itu hadir kerana rupa paras atau hadirnya kerana dambakan cinta abadi lagi hakiki buat mengisi kekosongan hati .
Saban hari aku berdoa dengan penuh rasa cinta agar ALLAH menunaikan impian  serta menyembuhkan luka dihati , dengan hati yang tawaduk aku tahu DIA memberi apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu . Janji ALLAH tak pernah mengecewakan kita , tapi janji manusia seringkali buat kita terluka ...
Tahukah semua ?? cinta pada jasad adalah cinta sia-2...Cinta yang lahir dari hati , niat kerana ALLAH TAALA membawa kita ke jalan syurga ..
Cintailah aku kerana niat mahu membimbing aku kejalan-NYA .. 
Nikahi aku kerana rasa tanggungjawabmu sebagai lelaki yang soleh.
Pimpin tangan aku dan 'amanahmu'(anak-2) menuju cahaya NUR,
janganlah kau sia-kan kami kelak  .
Jadi imam dikalangan kami
Jika kau tidak bersedia pikul tanggungjawab ini , maka melangkah pergilah kau dari hidup aku ,
sesungguhnya  itu mengecewakan aku wahai LELAKI ."


::kejujuran itu kekasih ALLAH , berterus terang itu sabun pencuci hati dan pengalaman itu bukti::
_______________________________________

KEPADA SI KEKASIH::
Sesungguhnya , Demi Allah saya sayangkan awak , dan dengan harapan penuh kecintaan , apa yang kita punya sekarang hargailah sebaik mungkin..Juga diharap kali ni  hubungan nih berkekalan hingga terputus nyawa dari jasad . Saya letih bertukar cinta , cinta  bukan pakaian  .. dah beli, cuba pakai , tak selesa terus campak , cari  yang lain ..Padahal kita boleh perbaiki baju tuu sampai  selesa untuk kita pakai ...Jangan mudah sangat melatah.Cinta itu indah andai kita saling melengkapi, bukan saling bergantung dan berharap..
Tak pernah saya terfikir di fikiran , sama ada awak layak ataupun tidak , kerana kita selalu diberi peluang, dan kita mampu berubah .
Tolong bimbing saya didunia dan diakhirat.
Saya juga berpegang pada janjiNYA , andai bukan awak yang ditakdirkan untuk saya , maka..sekali lagi...... saya akan redha ,.. Tapi tak dapat saya sembunyikan kekecewaan andai itu yang terjadi :')
cintai saya kerana rasa keimanan kepada ALLAH TAALA , jangan bertuankan nafsu.


::manisnya bercinta dengan ALLAH akan membuatkan kita tidak menagih cinta manusia...Tetapi jika kita mengaharapkan cinta manusia dan memburunya, maka kita tidak akan menemuinya kerana cinta bukan sesuatu yang dicanang-2 dan boleh dibeli. Cinta adalah perasaan yang paling halus, anugerah ALLAH pada hati setiap insan::


Selagi awak terus mencintai saya , selagi itulah cinta saya milik awak .
sayang kamu disetiap nafasku ^__^


Cinta yang hadir sekarang bukan dipaksa , 
Dan terima kasih kerana 'mencuba'.
"Jika cinta jangan berlebihan kelak nanti kamu akan terperangkap dalam kejemuan , Jika benci jangan terlalu membenci takut satu hari nanti , hati merindu"




TERIMA KASEH SUDI BACA ^__^

Jumaat, 10 Februari 2012

it's all about us | QAIYUM & MUIMUII



28.January.2012 - Tarikh KAMI sah menjadi RAKAN FACEBOOK ...Penat tau ..muimuii selongkar balik wall lame-2 ... semata-2 nak tempek besar-2 tarikh keramat lagi bersejarah nii kat entry muimuii kali nihh :)
So ...act ..muimuii ada 2 acc fb ... second acc tuu muimuii main hantam langgar je add orang ta tengok kiri kanan ...KEBETULAN ... terADD si lelaki bernama Abdul Qaiyum .... And tatau atas sbb ape , muimuii g kat wall dye then say :: 
                                                                                            


"terimakaseh :) acc nii jarang on lha :)

search :: mixouraiivanna yura"






         After that , kitorang pon kawan , he's a gud listener act                               
Funny , and sometimes lovely lah jugakk .. Caring .... And bla...bla..blaa.... :)...Thanks to ALLAH :: Alhamdulillah ..he's superb ...
Start borak wall to wall , then im chat ... Dia mintak phone num , then i give it -gelabah time tuu baru clash-
hahaha..everything goes smoothly ... tanpa keganasan ... hahaha...after one week sumthing, muimuii tengok kat wall dia .. he says sumthing , ABOUT sumone !! and sumone tuu is GIRL 
nah..QAIYUM  fallin in love lahh ..








"d longer u stay in d friend zone,d harder it is 2 get 

out..if u want that girl,man up n get her..=)"


    Si Qaiyum nihh siap tanya pendapat bagai kat muimuii time tuu..konon nak luahkan perasaan kat GADIS MALANG tulahh :)
punyalah semangat muimuii bersemangat bagi nasihat , dan demi ALLAH muimuii memang tatau pape mase tuu...lagak manusia takde perasaan -.-"
pongpang-3 punya cakap lastly , 
HE TEXT ME N SAYS :: i suke u ..... (some text is missing)




   Nahh ..mulalah nak buat-2 wajah terkejut beruk ..konon-2 SUPRISE !!
Tapii ..honestly memang ta expect pon .. muimuii ingat he's like sumbuddy kat tempat keje or jiran sebelah rumah    .... And ternyata muimuii GADIS PILIHAN yang tercalon dalam senarai RANCANGAN MASA DEPAN ABDUL QAIYUM :)
terima kaseh kerana mengundi saya ...saya akan ingat semua jasa peminat-2 diluar sana keyhh                                                     "alahaiii..poyonya kau muimuii oi ..."
Muimuii taketime jugak , tak serta merta setuju dengan kenyataan si Qaiyum tuu .. dua tiga hari nii dia rajin main kias-2 dengan muimuii...
     Sampailah satu malam , sedang kami begurau senda , dia dengan nada siyes cakap pasal US .... oke muimuii da berebar-2...hahaha...Dia mintak kata putus .. muimuii says::
Kita bincang hal nihh nanti bile u da balik keje okayy :)



     Sementelah kata sepakat dicapaii  masing-2 da bersetuju ..kami pon tanpa lafaz ikrar ..terus jadi PAKWE & MAKWE ... 
11.February.2012 - officiallynya kami declare couple ...
haishh..simple , but quite sweet lhaa :)


Pesanan buat Qaiyum ::
 " i hanya boleh berharap u terima i seadanya ...baik buruk diri i...and ..yess anyone can change ..but semua tu makan masa .. and i tanak kita drowned dalam 'masa' tu...i manusia biasa , setiap masa dan ketika akan ada khilaf pada diri i ..yang i tak sedar sometimes ..then apa guna u dalam hidup i , kalau u taleh tolong sedarkan i dari khilaf i rite ??? jangan bia i terus hanyut dengan khilaf tu okayy ...macam tu jugakk i ... akan selalu by ur side , susah mahupun senang insyallah ... kalau i tak mampu , then Tuhan ada .. DIA akan guide kita ..."

Read this
so ..love me ferr who i am
hah !! bingo ..im smilin' for no reason lha...haiyaa
wa suda gilaa hoh ???


so ..kepada yang membaca entry nihh silah doakan yang baik-2 buat kami ..semoga apa yang 
dah direncanakan akan termakbul :)
jangan gelabah ..kami lambat lagi nak kawen ..hahaha
muimuii hanya mampu mengharap , semua nihh akan bertahan ..bukan sekadar mengharap..
tapi insyallah muimuii akan pertahankan , sebab ianya baru BERMULA :)
LAKUKAN SEBAIK MUNGKIN YEAYY !
TO THOSE PEOPLE YANG PERNAH LUKAKAN HATI MUIMUII TERIMA KASEH
YANG TAK TERHINGGA, KERANA JIKA TIADA LUKA YANG ANDA HADIAHKAN , MAKA 
TIADALAH PENAWAR SEKARANG :)


TERIMA KASEH SUDI BACA ^_^

Isnin, 6 Februari 2012

Sahabat Kecintaan Hati | Amira :)

Myra & Zaza
        myra :) time aku tengah type entry nihh aku tengah tenung gelang merah yang ko kasi aku tu :) ...tak penah aku tanggalkan gelang tu dari tangan aku tahu??
wuu sumpah rindu ko sesangat ... rindu nak tengok ko tarik muke ketat cam penutup botol sos cili megi yang kadang-2 ketat susah nak bukak ...
        aku tak penah rasa sayang kat kawan-2 yang lain macam aku sayang ko :)
even kita punya friendship mula dengan cara yang agak hambar , tapi sape sangka kita akan jadik kawan baik :)
tingkat 15-16-17 putra majestik jadi saksi persahabatn kita ...kan ?
         ingat tak aku selalu letak barang kat tempat lain pastu aku cari kat tempat lain , tapi nak bebal-2 marah oang lain ..ko jugaklah tolong berleter kat aku dek sikap aku yang sangat cuai muai nihh...kad bank hilang , kunci umah hilang , seluar hilang :) segala macam ..ko jugak lah yang nasihat aku :)
         bile ko buat pangai tanak cakap ngan aku , aku mesti salu kecik ati ..myra ..aku memang camni cepat tersentuh hati..tambah-2 bila oang yang aku sayang cam abaikan aku , "aku taw ko ta abaikan aku pon..aku je perasan -.-"
dan tak dapat aku nafikan , bila aku merajuk , datang lah angin perangai mengalahkan budak tadika aku yang tak semena tuu -.-"    "sorry tauu...."
aku sayang ko myra ..sayang sangat ..susah aku nak cari kawan cam ko kat muka bumi nii ...sanggup susah senang :")
        pastu ingat tak kejadian tragis aku nak balik penang duit langsung xde tuu ??
ko tolong aku kan ??? sepanjang perjalanan aku balik dalam ketapi tuu aku asyik fikirkan ko je ...ko je tolong aku time susah ...time orang lain susah kita tolong ..bila kita susah dorang butakan mata :"(
AND .... part paling best , waktu kita jadi samseng ..dan aku penghasut no satu waktu tuu :P
hari yang sama , kita sound minah kerek pengotor tu ...dan waktu ko sound minah tu siyes je muke ko..aku yang beria-2 nak sound tak jadi sound sebab tengok ko bekobar-2 meluahkan rasa waktu tuu ..                "maseh kakak senior :P"
THEN malam tuu mmg tragedi november betol ... masing-2 da kne rasuk syaitan ...WAN KAPAK jadi mangsa kerakusan nafsu kita ...and aku sangat menyesal...walaupun ternyata dia salah ..bukan hak kita nak menghukum dia sebenarnya ..tapi benda dah jadi .. jauh di sudut hati aku .. just harap dia maafkan kita :(
WAN KAPAK , aku mintak maaf :(
                                              myra :) saya sayang awak
gelang tu :')


lastly :: thanx ferr ur angry bird tuu :) ade je aku letak kat lam lemari aku ..dia kawan ngn jj , bebear and baby dino <3
akhir kata Myra :) hope ko takkan lupakan aku ..even aku hadir sekejap je dalm hidup ko .. bagi aku ko tetap bermakna ...sampai akhir hayat aku nanti ..oke?? :)



sekian ,
"TERIMAKASEH SUDI BACA ^_^"