~DIDALAM SUJUDKU~
"Perkara yang paling manis ketika saling mencintai ialah ketika dua orang saling rindu,namun tidak berkomunikasi,tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing."
Harini nak kongsi rasa hati yang tibatiba sebak..terfikirkan , kehidupan yang macam mana bakal aku hadapi , bahagiakah ? ataupun derita yang menanti . Kala usia menginjak ke fasa yang lebih matang , aku mula mengatur gerak langkah menyusun fasa-fasa hidup aku supaya lebih teratur . Dan ..aku mula berfikir panjang soal hidup matiku . Salah satu persoalan yang singgah dibenak fikiran aku ialah soal JODOH . Kita manusia biasa hanya mampu merancang, sehebat manapun rancangan kita , hebat lagi percaturan yang DIA telah tetapkan untuk kita dan tiada pilihan lain untuk kita buat melainkan terima dengan redha . Wahai lelaki yang bernama JODOH, aku harap engkau lah sebaik-baik lelaki yang DIA akan hantar untuk pimpin aku, walaupun sudah tersurat didalam KALAMULLAH kitab suci AL-QURAN ::
"Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya.."
Aku sedar aku bukan dari golongan wanita yang solehah yang penuh dengan sifat penuh kemuliaan , tapi jika ditakdirkan wanita baik hanya untuk lelaki yang baik ,..bagaimana dengan nasib aku yang bergelumang dengan dosa ?? Aku perlukan bimbingan dari lelaki yang dilantik menjadi khalifah dimukabumi untuk menjaga wanita , memuliakan serta memartabatkan kaum hawa yang lemah . Jika tiada maka tiadalah , aku redha .
Wahai lelaki yang bernama JODOH , demi ALLAH , aku akan menanti kau siang dan malam aku , kala tidur mahupun jagaku , dan sentiasa mengingati kau didalam setiap lafaz doaku :)
Cintai aku seadanya . Begitu juga dengan aku terima kau apa adanya . Kata hati pada kau , selagi aku ada untuk kau ,sayangilah aku selagi aku ingin disayangi , lindungi aku selagi aku ingin dilindungi , hargailah aku, aku sayang kau di setiap hembus nafas aku .
"KESABARAN TAKKAN HAMPAKAN KITA , DAN KETABAHAN TAKKAN PERNAH MENIPU KITA"
Aku nak jadi ISTERI untuk akhirat . Bukan hanya sekadar didunia , tidak cukup rasanya sekadar menzahirkan rasa cinta didunia yang hayatnya tak lama mana pun , dan tidak cukup juga rasanya jika cinta hanya diekspresikan dengan katakata yang dah terlalu biasa kita dengar mahupun , melampiaskan rasa cinta dengan hubungan sesama manusia yang bernama hawa nafsu .
PERSOALAN : KENAPA KITA MENCINTAI?
- MENCINTAI KERANA , PAKSAAN HATI ?? RASA KOSONG ?? SUNYI ???
- MENCINTAI KERANA , RUPA PARASNYA SESEORANG ??? *ketahuilah rupa dan paras kelak hapus dimamah usia*
- MENCINTAI KERANA , KEDUDUKKAN ?? HARTA BENDA ??? WANG RINGGIT??
- MENCINTAI SESEORANG ITU ATAS SEBAB SIAPA DIRINYA , AGAMA YANG DIA ADA , LATARBELAKANGNYA YANG BAIK , HATI YANG SUCI , PEKERTINYA SOLEH DAN SOLEHAH ???
Aku takut memikirkan apa yang bakal aku hadapi kelak . Takut DIA datangkan aku ujian yang aku sendiri tak terduga . Apa yang aku rasakan dalam jiwa aku sekarang kosong , aku cuba tafsir kehendak hati tapi aku takut , tak bahgiakah aku ?? Benarkah dia lelaki yang ditakdirkan untuk aku ?? Layakkah aku untuk dirinya , semakin lama keserasian yang aku rasa dulu semakin pudar, wahai hati kenapa sampai begini sekali kau mainkan jiwa aku ??? Aku takut..takut nak menafsirkan perkara yang benar .
LELAKI , KENAPA KAU CINTAI AKU SEBEGITU CEPAT ?? TANPA KAU KENAL DIRI AKU SEBAIKNYA , KAU AMBIL TINDAKAN TIDAK TEPAT DENGAN MENJADIKAN AKU SESEORANG YANG BERNAMA KEKASIH . AKU TAKUT SAMPAI SATU SAAT , TERDETIK RASA SESAL DIHATI KAU KERANA BERTINDAK BODOH MENYENTUH CINTA AKU :')
"YA ALLAH SESUNGGUHNYA CINTA KAU-LAH YANG PALING INDAH TIADA CINTA MANUSIA YANG SETANDING DENGAN CINTA-MU BUATKU , BEGITU JUGA DENGAN DIRIKU YANG MENCINTAI-MU DARI JAUH ."
YANG TERINDAH,