Sabtu, 19 Januari 2013






Doa Nabi Yusuf Dikala Merindui Zulaikha.

" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "

Sejenak : 

Jangan pernah sesekali kita mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba , 
Jangan sesekali pula kita menyerah jika kita masih sanggup .
DAN jangan sesekali kita tak lagi mencintai tapi hati masih tak dapat melupai :)




11.10malam
Masuk bilik , baring . Tarik selimut , selimut separuh badan . Capai handphone , renung lama . Senyum . Letak handphone disebelah . Peluk bantal . Pejam mata , menangis . Terlelap .
Mimpi : Terjaga pukul 12.30 . Pusing kiri pusing kanan . Gelisah . Orang kata ... kalau mimpi seseorang , maknanya orang tu tengah rindu kita sangat sangat . Rindu saya eh :)

#Fakta . Mimpi sebenarnya ada hubungkait dengan hubungan batin diantara 2 atau lebih sesama manusia untuk menyampaikan sesuatu . Sebab mimpi ni mcam radio . Ada frekuensi tersendiri . Jadi ..kantoilah awak rindu saya :)



Kasih tak bermakna harus memiliki . Orang yang nak masuk dalam dunia saya perlu kuat , segagah mana pon awak , bila berdepan dengan saya awak akan jadi selemah2 manusia . Saya lah manusia yang Tuhan cipta untuk menguji segenap penjuru hati manusia . Termasuk mak ayah saya yang dah membesarkan saya selama 21 tahun . Serius , merekalah satu2nya manusia yang betah bertahan dengan kewujudan saya :) mereka kuat .

Saya yakin . Saya manusia paling aneh yang awak pernah hadap . Kadang , saya boleh jadi sorang anak gadis yang paling degil dan tegas pendiriannya , sampaikan setiap apa yang saya kata tak boleh dibetulkan walau sedikit pon . Kalau A kata saya , maka A lah selamanya .

Dan jangan awak terkejut bila awak tengok saya jadi manusia yang paling manja dan paling lemah atas muka bumi ni bila saya disisihkan , dipinggirkan atau ditinggalkan .
Saya boleh menangis tersedu sedan sehari suntuk kerana perkara yang kecil . Saya boleh merajuk kalau ada saja yang awak buat tak kena dihati . Itu pun xda siapa pun yang mampu hadap kecuali mak ayah saya .

Jadi saya tak hairan kalau dengan mudah awak melangkah pergi dari hidup saya , sebab saya dah agak awak tak cukup kuat untuk hadap manusia pelik macam saya . Sama seperti mereka yang lain , yang pernah singgah dalam hidup saya .

Tambah pula , saya sendiri tak selesa untuk berdamping dengan lelaki sebaik awak . Terasa jauh saya nak capai tangan awak , apatah lagi nak genggam erat . Mungkin awak bukan orang yang tepat untuk saya . Tuhan tak beri apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu .

**Menyayangi diri sendiri sebenarnya adalah satu jihad**




Kadang kita ni tak sedar apa sebenarnya yang tuhan cuba aturkan untuk kita . Setiap kejadian sebenarnya ada hikmah yag tersembunyi . Baik atau buruk sesuatu kejadian itu bukan soalnya . Sebab . Tuhan dah bagi kita peluang untuk pilih . Samada ianya berakhir dengan cara baik , ataupun berakhir dengan cara yang tidak baik . Kalau kita bijak , pasti kita tau macam mana nak pastikan perkara tu berakhir dengan baik . Melainkan kita tak endah dengan peluang yang dah diberikan yang mana akhirnya akan berakhir dengan penghujung yang da tentunya tak baik .

Dia hadirkan sesuatu dalam hidup aku . Aku gembira . Dia ambil kegembiraan aku . Aku redha . Sebab aku tau , andai kegembiraan tu milik aku , Dia pasti akan kembalikan . Cepat atau lambat yang menguji sekuat mana iman kita .
Andai dah tertulis dalam takdir dia milik aku , aku yakin dia akan kembali . 



Wahai imam dan bakal ayah kepada anak-anak ku :
"Saya tunggu awak . Tak kira cepat atau lambat . Saya sentiasa ada kat sini . Baik atau buruk diri awak , saya berjanji akan terima seadanya , begitu jugaklah sebaliknya , baik atau buruk saya sama-sama kita baiki . Kerana seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai .."

Cinta selepas kahwin tu lebih manis .

Semoga ALLAH berikan pelangi disetiap hujan..
Senyuman di setiap tangisan ..
Rahmat untuk setiap cubaan..
Dan memakbulkan doa di setiap permintaan .


Saya tak perlukan kekasih hati hati untuk bercinta , tapi saya perlukan lelaki yang bernama suami untuk pimpin saya menuju jannahNYA .

Barakallah .



Selasa, 15 Januari 2013

Cinta Halal Membawa Ke Syurga : Hawa Mencari Adam


           "Aku tak sebaik yang kau ucapkan tetapi aku tak seburuk yang terlintas dihati mu ... " 


  Kadang-II mulut ni boleh menafikan setiap kata-II tapi percayalah , tak ada satu orang pon dalam dunia ni mampu menafikan perasaan , menipu diri sendiri . Kalau ada buktikan .
Disetiap pengakhir cerita cinta aku selalu berakhir dengan kegagalan . Kegagalan yang sama . 
Sampai satu tahap aku dah terlalu letih nak mulakan balik hubungan yang baru . Kembali berkenalan , nak kena selami hati budi masing-II , kenal baik buruk diri masing-II . Penat . Sangat penat . 
Teringin nak bercinta macam pasangan lain , tapi . Cinta aku terlalu luar biasa , dan hanya orang-II luar biasa boleh terima cinta 'di luar kotak' aku .
Orang biasa takkan boleh sesuaikan diri dengan 'suasana' orang macam aku .
Kelemahan aku , aku takut nak cuba biar lelaki mendekati aku , bila ada yang sudi aku pantas menolak . Bukan sebab aku memilih , tapi takut mereka yang cuba mendekati aku yang tersalah pilih .

Kenapa tersalah pilih ?? Mereka bersikap terlalu memuji . Memuji dan terus memuji , padahal aku tak secantik yang disangka . Bila ada lelaki yang menghulurkan salam perkenalan dengan puji-pujian yang melampau , aku singkir awal-II dari senarai . 
Sebab ??
Macamana sekalipun sikap/rupa aku , baik buruk aku ..semua kekurangan aku , kau pastinya boleh menerima kalau kau ikhlas cintakan aku kerana diri aku . Dan jangan sesekali mencintai aku kerana kelebihan yang aku ada sekarang , kerana aku takut kau tak dapat terima diri aku jika suatu hari nanti Allah menarik balik semua kelebihan yang telah diberikan pada aku .


Tinggalkan cerita mengarut diatas . Point sebenar aku ialah berkongsi keinginan hati yang dah lama termaktub dalam hati sejak azali . 

MENCARI PEMILIK RUSUK

MENJADI PELENGKAP KEPADA PEMILIK RUSUK ITU SENDIRI 



Mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami serta menjadi ayah yang baik pada bakal anak-II adalah wajib . Mencari perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri serta menjadi ibu yang penyayang kepada anak-II juga wajib . Jadi , siapa yang tak nak dapat pasangan hidup seperti diatas ? Kan ??
Jadi .. 
Langkah pertama untuk mulakan pencarian :)

Mencari lelaki yang takkan memberikan perhatian , cinta atau sayangnya pada wanita yang tidak halal untuknya
 Yang boleh membimbing ahli keluarga , para sahabat serta para wanita ke jalan ALLAH..
Berlemah lembut , penyabar pemaaf dan berakhlak seperti rasulullah #nobodys perfect
Tidak berdua-duaan menyentuh perempuan ajnabi .
  Tidak melihat aurat wanita dan menundukkan pandangannya seperti perintah Allah kepada lelaki; “katakanlah Wahai Muhammad kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka MENYEKAT PANDANGAN MEREKA DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.”(Surah an-Nur:30
  Tidak menyebabkan wanita lalai dari menjadi hamba ALLAH yang baik
Hati dan lidahnya lurus seperti imannya

♥ Awak lelaki soleh andai semua perintah TUHAN dilaksanakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai sunnah NABI dilakukan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai solat FARDHU disegerakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai hati ROHANI dijagakan ♥
♥ Awak lelaki soleh andai agama ISLAM didakwahkan ♥



"Jika datang LELAKI SOLEH yang ingin menjadikanmu teman hidupnya , DAN kamu tenang melihatnya serta merasa selesa dengan dengan 
AGAMA & AKHLAKNYA maka TERIMALAH dia dengan sebaiknya ...
Bukan untuk dirimu tapi untuk zuriatmu kelak ..

Jika tidak engkau berbuat demikian , akan terjadi FITNAH dan Kerosakkan yang luas kelak.."



Wahai jodoh , tak kiralah siapa pun kau , aku akan setia menunggu . Dan berjanji akan terima segala kebaikkan dan keburukkan mu , ada satu permintaan kecil dariku , terimalah aku seadanya sepertimana aku redha terima kau seadanya . Kerana tiada siapa pun yang sempurna . Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaanya tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai . 
Saling melengkapi itu sebenarnya maksud sebenar SEMPURNA .

Wanita yang solehah takkan mengalah hanya kerana cinta seorang lelaki yang belum pasti menjadi suaminya . 






Jodoh itu rahsia, tapi kita dapat rasa kehadirannya :')





Antara kita by Jed mandela 


Always :)
Selalu jadi benda ni kat kita kann ??? 
Kita suka dia tak suka .
Kita tunggu dia , Dia tinggalkan kita .

Dia perlukan kita kita tetap ada . 
Aku rindu dia yang pernah hadir mewarnai babak-II manis dalam hidup aku .
Well . past is past . Let bygone be bygone .

Setiap pertemuan ada perpisahan .
Dan
Setiap perpisahan akan ada pertemuan baru .

Tuhan beri kesempatan untuk kita kenal orang yang lebih baik sebenarnya .
Andai dia milik kita , percayalah apa pun rintangannya takdir pasti akan kembalikan dia kepada kita :')


Kadang-II aku selalu mengeluh , kenapa , mengapa dan bagaimana aku nak belajar menghargai apa yang ada didepan mata  .
dah cuba . 
gagal . cuba lagi . gagal . dan cuba lagi sampai satu tahap aku dah tak betah nak bertahan . aku lepaskan semua pergi .

Aku hanya berpegang pada satu ,
Tuhan takkan beri apa yang kita mahu ,
Tapi DIA bagi apa yang kita perlu :)

Tengok kawan-II yang muda-II belia bina masjid , tumpang bahagia tengok dorang bahagia . 

Duduk termenung sorang-II renung balik dalam dalam setiap hikmah .

'Zaa.. pecayalah setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya . Dorang dapat kawen awal sebab dorang yakin dorang mampu galas tanggungjawab tu .. Tuhan bukan tanak ko bahagia cam orang lain , Dia pon tau apa yang kau nak sekarang , tp Dia lebih mengetahui . Mungkin sebenarnya ko belum 'cukup kuat & yakin' untuk pikul tanggungjawab tu . Bukan mudah nak jadi seorang isteri dan menjadi ibu kepada anak-II . Silap langkah nanti terabai amanah yang tuhan bagi kat ko tu , nerakalah tempat ko nanti zaa . Diri ko sendiri terumbang ambing camane zaa ko nak didik anak-II & suami ko nanti??? '
 Senyum meniti dibibir . 

Tuhan , tolonglah hantar sebaik-baik lelaki untuk aku .
Janganlah rupa paras yang menjadi pilihannya , sebab aku bukan orang yang dia cari . Biarlah dia jatuh cinta kerana siapa aku , diri aku , tingkah laku aku , keburukkan aku , 
dan yang penting biar dia jatuh cinta dihati aku , bukan pada rupaku Ya Allah . 
Dan jika ada lelaki sebegitu baik menerima segala kekurangan aku , aku juga akan menerima dia dengan hati yang sangat amatlah lapang . Dan janganlah kau biar kami hanyut dalam cinta dunia terlalu lama Ya Allah ,
Akhirikanlah hubungan kami dengan hubungan yang halal menuju JannahMu , serta berikanlah kami kelak zuriat yang soleh dan solehah .

AMIN~
:)


TERIMA KASIH SUDI BACA ^_^


Khamis, 10 Januari 2013

Kasih Halal Membawa Ke Syurga




 Cinta Yang Setia 

Fariq & Liyana


Pasangan Muda  Liyana & Fariq *hope cinta korang abadi membawa ke syurga :)


Barakallahulakuma .

Salam .

Entry kali agak berbaur emosi . So .. aku mula beremosi tatkla terbaca status facebook seorang kawan lama Nur Liyana yang tetiba muncul kat feed aku :)

Antara Status beliau yang menyentuh sanubari aku :')

Antara Status beliau yang menyentuh sanubari aku :')



Subhanallah . Tumpang bahagia bila tengok kawan kawan bahagia . Hope sangat both of you Yana & Fariq peliharalah hubungan korang sebaik mungkin . Tambahan pulak kita ni muda , banyak dugaan and rintangan yang ada didepan sedang menanti nak tengok setebal manakah iman kita untuk menempuh segala ujian tu . 

Well berpegang pada kata kata ni >> 
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."
 sangat sesuai untuk pasangan muda yang baru melangsungkan perkahwinan dorang baru baru ni .. 

Tengok betapa akrabnya pasangan ni buat aku termangu seketika , terbaring lesu  memikirkan lelaki seperti apakah yang akan hadir menjadi pelengkap hidup aku nanti . *itu pun kalau ada :)
Baikkah dia ??
Solehkah dia ??
Penyayangkah dia ??
Boleh kah dia jadi lelaki sehebat ayah ?? Ayah yang hebat pun tak dapat lenturkan sifat degil keras kepala aku :')
MAMPU TAK DIA BAWAK AKU & BAKAL ANAK ANAK AKU KE  SYURGA ???
Mampu ???
**tiada niat nak membajet seolah olah aku solehah takk hengat**
Siapa yang tanak ada suami yang baik ?? Cuba bagitau ??? Ade ke orang nak suami yang kaki pukul ?? Ade ???

Jauhilah mereka dari dugaan dan ujian yang tak tertanggung oleh mereka ya tuhan :)


Tak seorang pon dari lelaki yang aku kenal sebelum ni bersungguh sungguh nak bawa hubungan kami ke jalan yang lebih baik . Setakat bermodalkan kata cinta sayang rindu , TAK CUKUP :)


Kepada yang berkenaan jangan mintak hati aku kalau takda niat untuk kahwin ngan aku . Kalau setakat modal topap Rm5 pastu mcg jiwang panjang panjang konon sayang cinta rindu tayah la ketuk pintu hati aku . Simpan sayang cinta rindu tu untuk orang lain . So . conclusionnya ialah 

"Single tak bermakna hidup aku sunyi , tapi aku single sebab aku nak rehatkan hati aku , sampailah saatnya hati aku da betul betul bersedia untuk kembali mencintai dan dicintai ."

Kalau ada pun yang cuba nak sunting aku jadi suri hidup , selalu jodoh tak panjang . Ada saja tingkah yang mengguris jiwa . Tiada keserasian .
Cukup lah cukup :)
Cinta terakhir , tinggi melangit angan angan . Berkali aku pesan jangn letak angan setinggi awan , nanti jatuh sakit . Now ini yang aku tengah rasa sekarang , sebab angan angan kau yang tinggi tu buat aku sama sama jatuh ngan kau . Sakit kan ?? So . stop ganggu hidup aku . Aku da penat rasa sakit yang sama berulang kali . Sampai satu tahap , bila lelaki lain mintak hati aku , aku tatau samada aku masih punya hati atau tak untuk aku bagi .

Sedih bila ingat kenapa tuhan berulang kali uji aku macam ni . Tak boleh ke sekali DIA bagi aku bahagia ?? Kalau bagi tu boleh tak biar lama lama ?? 
:')
Ya Allah , tolong dengar apa yang aku mintak ni ? Tak banyak aku mintak satu je . Bagi aku pinjam Bahagia tu . Boleh tak ??
Credit to Liyana & Fariq untuk bahagia yang korang dapat . BTW aku rasa macam nak curi sikett kasih sayang & bahagia korang tuu ^_^
Agak agak nak bagi takk ?? Hahaha
**doa aku sentiasa ada dengan korang . bahagia korang bahagialah aku**
*kembali beremosi**kesat hingus sepantas mungkin**eh kenapa lagu adira ni sedih sangat !! *

Antara Status beliau yang menyentuh sanubari aku :')
Jom ramai ramai kita aminkan doa diatas :)
semoga rumah tangga yang dibina membawa ke syurga.
Insyallah.

Tulus Ikhlas Dari Sahabat Lama

^_^






Selasa, 8 Januari 2013

Zaraa Beauty Shoppe




Kepada semua facebooker yang budiman lagi baik hati Zaraa Beauty Shoppe sangat sangat mengalu-alukan sokongan dari anda semua . Tolong LIKE fanpage Zaraa Beauty Shoppe dibawah. TERIMA KASIH :)


Dear friends Zaraa Beauty Shoppe REALLY NEED your support .Please click LIKE button below :) thank you



Isnin, 7 Januari 2013

Jodoh Yang Lebih Baik

p/s : enough is enough


 Bismillahirrahmanirrahim…

Walaupun suatu waktu ketika ada seseorang yang telah sengaja mengkhianatimu di masa lalu.
Maka tak ada alasan bagimu untuk tidak memberi maaf kepadanya.

Akan tetapi.. Sudah ada cukup alasan bagimu untuk tidak mempercayainya kembali.

Berhentilah memikirkan orang-orang yang telah mengecewakanmu di masa lalumu.
Berhentilah berharap kepada orang-orang yang telah dengan sengaja menyakitimu di masa lalumu.
Karena hal itu akan membuat banyak waktumu terbuang percuma dan sia-sia.

Percayalah..
Allah pasti punya alasan kenapa dia tidak berada bersamamu di masa sekarang dan di masa depanmu.


Air mata seorang perempuan melambangkan perasaannya . Apabila dia menangis , itulah perasaan nya yang ikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong . 
Seorang perempuan takkan tiba-2 menangis melainkan hatinya terluka atau tersentuh akan sesuatu hal .


Awak . Selama hari ni tak pernah terlintas difikiran saya awak akan KEMBALI dalam hidup saya . Dan saya tak pernah berharap untuk tu:)
Selama 3 bulan awak menyepi . Awak pergi dari hidup saya tanpa penjelasan or wud so eva , now awak muncul . Kemunculan awak buat hari-hari indah saya huru hara . Saat macam ni jugaklah tuhan menduga saya . 
Jangan risau saya tak harap pape pon dari awak selama ni . 
Tapi . Please . Hentikan semua kepura-2an awak tu . 
Awak muncul entah dari mana , mengaku awak masih sayangkan saya . semudah tu ?? Selama 3 bulan ni saya selesa tanpa apa apa hubungan istimewa dengan memane lelaki . 
SEBAB ?? SEBAB AWAK :)
Saya dah teramat kenyang dengan janji manis mulut lelaki . 
Sumpah . 
Saya tak sakit bila saya pilih jalan untuk pergi dari hidup awak . Dunia angan angan awak . 
Tapi bila kenangkan , kata kata awak yang manis tak hengat tu , tingkah laku awak tu . 
Saya baru sedar . Awak sama je dengan lelaki lain kat lua sane .
Nothing's special bout You .


Well .. 
Menjawab pertanyaan awak , teka teki awak selama ni saya ada pengganti awak or tak .
Jawapannya TAK .
Bukan sebab saya tunggu awak . Tapi belum saatnya saya jumpa 
LELAKI yang TEPAT untuk saya jadikan tempat bergantung 
DUNIA & AKHIRAT .
DAN .. untuk pertanyaan awak

'Family awak masih boleh terima saya lagi ke lepas kejadian hati tu?'

Jawapan saya 

'Ayah saya tak zalim . Semua manusia ada buat salah . Sedangkan Nabi ampunkan umat . '

TAPI :)
Sebelum  awak tanya mereka . Tanya saya dulu . 
MASIH ADA KE TEMPAT DIHATI SAYA UNTUK AWAK ??

Jawapan saya 

  • SAYA SENDIRI TAK TAHU SAYA MASIH PUNYA HATI ATAU TIDAK
  • SAYA NI SIAPA NAK DIBANDINGKAN DENGAN AWAK ??MACAM LANGIT DENGAN BUMI :)
  • SAYA BUKAN PEREMPUAN BAIK
  • DIMATA AWAK SAYA TAK UBAH MACAM KAIN BURUK . AWAK NAK GUNA AWAK AMIK . AWAK TAKNAK , AWAK BUANG SAYA
  • AWAK LAYAN SAYA MACAM SAYA NI KETUL BATU TAKDA HATI PERASAAN . BILA AWAK MEMBERONTAK , AWAK MULA CARI SALAH SAYA. AWAK KATA SAYA MACAM-2 . SAYA MASIH BOLEH BERSABAR . 
  • DALAM TAK SEDAR . ATAU . KADANGKALA SEBENARNYA AWAK SEDAR , AIRMATA SAYA SELALU BERLINANG . SAYA DAH TAK TAHU MACAM MANA CARANYA SAYA NAK SELAMATKAN HUBUNGAN KITA SELAMA NI
TAPI AWAK TAK HENTI-2 SALAHKAN SAYA . AWAK RASA MACAM AWAK SORANG JE BERUSAHA NAK PERTAHANKAN HUBUNGAN NI . TAPI AWAK TA NAMPAK BETAPA SAYA BERSUSAH PAYAH UNTUK BAIKI DIRI SAYA UNTUK AWAK . AWAK TAK NAMPAK . AWAK BUTAKAN MATA .
  • TAK HENTI-2 AWAK MENGHUKUM SAYA . AWAK HAKIMI SAYA BERDASARKAN SEKEPING GAMBAR ??! AWAK KATA SAYA NI PEREMPUAN JAHAT . PEREMPUAN LIAR . PEREMPUAN TALEH PAKAI . PADAHAL AWAK BARU BERJUMPA DENGAN SAYA SEKALI . PASTU JATUH CINTA . BELUM SEMPAT AWAK KENAL HATI BUDI SAYA YG SEBENAR AWAK MENGHUKUM SAYA DARI GAMBAR ?? 

YES . ITU KESALAHAN TERBESAR DALAM HIDUP SAYA BILA SAYA BAGI HATI SAYA PADA ORANG YANG TAK MENGHARGAI MACAM AWAK .

Kesimpulannya : Saya tak layak untuk awak jadikan suri hidup awak . Macam yang saya cakap lepas ni , KALAU ada lelaki yang sukakan saya , saya rasa saya pilih untuk bercinta lepas kahwin . Datang rumah , jumpa mak ayah saya , bawak saya pergi sebagai isteri . Time tu nak cakap manis sampai kencing manis pon dah tak kisah . Tak kisah la siapa pon lelaki tu , saya cuma berharap orang tu bukan awak . By the way , terima kasih pernah hadir dalam hidup saya . Sebab kerana awak mungkin tuhan akan hanta seseorang yang 'lebih baik' insyallah , untuk menyayangi saya seadanya . Mencintai saya tanpa menghukum masa lampau saya . 


Tibanya masa untuk saya berhenti menyalahkan takdir kerana temukan kita sebelum nii . Andai saya punya kuasa untuk memilih , saya memilih untuk tak pernah bertemu dengan awak walau sekalipun .
Sebab pertemuan kita dulu , da 'cipta' banyak luka yang terlalu dlam dan parutnya mungkin akan kekal disitu , 
Tapi , xpelah . Setiap pertemuan akan ada perpisahan  .
Dan disetiap perpisahan akan berlaku pertemuan yang baru . Suasana yang baru . Cinta yang Baru . Orang yang baru . Dunia yang baru . 


BARAKALLAH . RAHMAT TUHAN SENTIASA ADA DENGAN SAYA .
Ujian hari ni mematangkan saya . 
Dugaan masa lalu mendidik saya .
Terima kasih . Terima Kasih sebab da banyak dedahkan saya dengan KEPERITAN .
Dari keperitanlah saya belajar untuk cari KEMANISAN .
Saya tunggu jodoh saya . Tak kira walau siapa pun dia . Saya percaya itu jodoh terbaik buat saya .
Kalau xde , saya redha . Sekurangnya hati saya tak terus disakiti
:)



SEKIAN .

Sabtu, 5 Januari 2013

Kenali Perfume : Sesuai Atau Tidak Dengan Personaliti Anda

Bau Perfume Tak Tahan Lama ??? Kenapa ?? Jom Check :)

Ramai orang bertanya kepada saya bagaimana untuk tahu bagaimana untuk tahu perfume yang kita pakai sesuai dengan diri kita atau tidak. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan perfume.


Tempat kerja

  • Jika anda bekerja di tempat yang panas dan terik, anda digalakkan tidak memakainya kerana dikuatiri akan menyebabkan bau perfume berubah disebabkan perpeluhan anda.


  • Tetapi apabila kita bekerja di tempat begitu, kita terpaksa menyembur di baju kita kerana lebih baik baju kotor daripada badan berbau busuk. Baju kotor kita boleh basuh tapi bau badan busuk, semua orang mengata kita. Kadang-kadang sampai setahun pun orang masih mengata.


  • Jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin, digalakkan anda memakai perfume yang lembut seperti EDT  kerana bau perfume lazimnya lebih menyerlah di tempat-tempat sejuk khususnya di pejabat atau bilik berpenghawa dingin.


  • So sangat digalakkan bagi sesiapa yang nak cari jodoh khususnya perempuan, pakailah perfume berbau bunga. Sangat amatlahh digalakkan. Dan bagi isteri yang mahu menambat hati suami, buka air cond kuat kuat dan pakai perfume anda. Sure menambahkan lagi keintiman dan kasih sayang antara suami dan isteri <3
Jenis kulit



  • Anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki sebelum anda tahu jenis perfume apa yang patut anda pakai. Jika kulit anda kering, lazimnya perfume yang anda pakai sama ada tidak berbau langsung atau cepat hilang baunya.

  • Bagi jenis kulit yang kering, digalakkan anda memakai losyen sebelum anda memakai perfume. Ini kerana anda tidak mempunyai minyak dalam kulit anda untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang. Kerana itulah bau perfume anda cepat hilang dan kurang menyerlah.


  • Bagi jenis kulit berminyak, digalakkan memilih jenis perfume EDT dalam pemakaian biasa dan hanya memakai EDP ketika ke majlis rasmi seperti prom, keluar dating, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kulit anda yang berminyak, ia akan menyerlahkan lagi bau perfume yang anda pakai.


  • Ini bermakna jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP. Dan jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat untuk anda.



  • Sama seperti kulit kering, anda juga boleh memakai losyen dengan tujuan untuk meringankan bau perfume EDP yang anda pakai dan pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda dengan lebih lama.
Suhu badan

  • Setiap orang mempunyai suhu kulit yang agak berbeza walaupun suhu dalam badan agak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jenis kulit dan sebagainya.


  • Kerana itulah anda boleh memegang tangan kawan anda yang berada di tempat yang sama dan suhu persekitaran yang sama, tetapi apabila kita memegang tangan mereka, satu rasa sejuk dan seorang lagi rasa panas.


  • Jika ini berlaku, bagi anda yang mempunyai suhu badan yang panas, digalakkan anda memakai perfume EDT kerana suhu badan yang panas akan menyerlahkan lagi baunya. Malangnya bau juga akan cepat hilang.


  • Bagi yang bersuhu sejuk, anda digalakkan memakai perfume EDP kerana bau perfume yang anda pakai mungkin kurang menyerlah pada diri anda.


  • Terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi bau perfume seseorang tapi lazimnya 3 inilah yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda dalam mencari perfume anda. Semoga anda sentiasa hidup dengan penuh keindahan. <3

 So ... conclusionnya . tak semua minyak wangi boleh bertahan lama :) 

Bergantung kepada faktor22 diatas  ... And Zaraa Beauty Shoppe harap penjelasan diatas boleh menyelesaikan tanda tanya anda semua terjawab :)

FEEL FREE TO VISIT OUR FANPAGE : ZARAA BEAUTY SHOPPE
http:www.facebook.com/pages/Zaraa-Beauty-Shoppe