Ahad, 31 Mac 2013

Tangisan Hari Lahir : Hampir Dirogol

23March2013-Saturday Night 1.30am . Hentian rehat RnR Bagan Ajam .


Menyingkap balik kejadian seminggu lepas . Macam biasa , setiap kali malam minggu dah jadi kewajipan aku dan N lepak pantai , amik angin , tenangkan fikiran , tengok gelagat orang malam minggu , berborak sampai subuh kat pantai RnR Bagan Ajam tu . 


Selalu kami balik lewat , kadang-II menjelang subuh baru kami balik . Sebelum tu , jangan pernah menghukum kami perempuan liar semata-II kerana kami keluar melepak sampai subuh . Ya .. mungkin pandangan setiap orang tu berbeza . Kalau aku , aku pon akan buat benda yang sama . Perempuan ? Melepak kat tempat-II mat rempit pukul 3-4pagi ?? Sah-II aku cop cikaro, bohsia dan sewaktu dengannya . Dan tak hairanlah kalau orang cop kami perkara yang sama . Pedulikan mereka . Pedulikan aku .

Menjadi perkara biasa kalau dah namanya kita perempuan , duduk berdua tak berteman (bf)  mesti akan ada yang datang nak cuba nasib . Usik mengusik , mundar mandir gelisah malu nak datang berkenalan , suweet2 dari jauh , NORMAL .... bunga mana tak dihinggap kumbang ?? cer gitau ??? MUSTAHIL ! sebusuk-II bunga pon tetap akan ada kumbang yang datang hinggap *kumbang TAIK .

Lupakan soal , bunga /kumbang . Kembali pada asas cerita yang sebenar .


Malam tu aku rasa kami agak menjadi perhatian , mungkin sebab malam tu tak banyak bunga .. Dek kerana perhatian melampau tu , telah menyebabkan seseorang 'tertarik' nak mendekati aku & N malam tu .
Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa dengan t-shirt , jeans pendek n sport shoes naik 125z datang menegur . Kawan-II lelaki tu park tepi moto borak sesama doang . Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai iskandar tu mulanya okayy , prbualan kami bertiga santai , relaks , happening .. tapi bertukar kurang best bila tangan dia mula pegang-II peha aku . Aku da mula bengang . Aku perasan dari mula bersembang iskandar lebih tertumpu kepada aku daripada N , mungkin sebab N agak pendiam , dan lambat mesra dengan orang . berbeza dengan aku yang lebih cepat dan mudah mesra dengan semua orang . Aku da mula slow .. kurang bercakap dengan iskandar .. aku main-II hp di tangan . Perasan perubahan diri aku , iskandar tiba-II mintak no phone aku , tapi aku menolak sekeras-IInya . Dia cuba .. dan cuba dan terus cuba . gagal . Dia mula jemu , lastly dia try ADJUST si N pulak .. Betapa haram jadahnya lelaki tu ?? Boleh try 2 perempuan dalam masa yang sama ?  And aku sangat terkejut bila N senang hati dan semudahnya bagi phone number kat Iskandar tu . Aku terkedu . Takleh nak kata apa-II dah . Kalau melarang , nanti orang pikir aku cemburu . iri hati . takleh tengok kawan-II bahagia . okayy . go on . aku tak kisah . tapi memang aku tak sedap hati . 1st impression pon lelaki tu da buat aku benci dia , camana la 2nd , 3rd impression kan ??

24March2013

Esoknya . Aku keluar dengan N , pegi teman dia beli barang , aku pulak kebetulan nak anta barang kat customer . Petang tu sebelum balik aku ajak g pantai , N kata okayy . sepanjang kat dalam shopping mall tu dia asik bcakap pasal iskandar . aku da meluat . dia kata iskandar ajak kuar lah , ajak g makan lah , aku buat donno je . Bila da naik moto , dia boleh tanya aku balik 


'Nak pegi gak ke rnr..aku tak larat ah ??' 

okayy . aku sentap . tiba-II .. tak pernah aku nak merajuk ngan dia teruk-II macam hari tu .. Aku jadi sensitif sangat haritu .. Sumpah aku takleh sembunyikan muka cuak aku .. Masam sepanjang jalan .. N pujuk .. dia ajak pegi pantai konon nak pujuk , tapi aku menolak . aku ajak balik terus . masing-II terdiam .. Aku tak cakap banyak , lepas anta dia kat umah aku terus balik . Lepas maghrib aku rasa nak memberontak , nak menangis , tiba-II takda mood . Siap-II terus keluar g umah N nak pinjam helmet , nak keluar sorang-II .. Sampai kat umah N , aku tengok dia tengah bersiap pakai cantik-II . dia terkejut tengok aku . aku blah . pegi karoke sorang-II sampai 20 lagu . aku tau mesti dia tanak g pantai petang tu sebab da janji nak kuar ngan iskandar . sekali lagi aku terasa hati . pergi rnr sorang-II nangis . BOLEH PULAKK TERSEREMPAK DENGAN DOANG KAT RNR NIAA .. N pujuk suruh balik aku tanak , aku tak pandang muka doang langsung . tak sanggup . aku suruh N balik tinggalkan aku sorang-II aku nak tenangkan diri *kononnya . doang balik . haritu pulak aku lepak sampai jam 7 pagi . sepanjang malam tu jangan tanya apa jadi kat aku , macam-II . silap langkah haritu N hanya mampu tatap mayat aku :')

bab tu tak perlulah aku cerita sebabb point sebenarnya berkisarkan kisah N & iskandar .

25March2013

Cam biasa aku akan melepak kat kawasan kejiranan aku ni petang-II borak dengan makcik-II , kawan-II cari dosa extra . Terserempak ngan N .. dia buat muka tak bersalah , mintak tolong aku antakan dia kat shell depan umah kitoang ni , sebab iskandar dah menunggu kat situ . pegi jahanam laa , nak kua dating suruh aku pulak anta , ingat aku kuli batak eh ?? aku menolak baik-II . aku bagi alasan penat .. N hampa , keluar dengan muka masam mencuka . biarkan .

Marah macamana pon dah namanya pon kawan . aku mudah lembut , N pujuk-II gurau-II back to normal . aku belajar terima hakikat , N ada kehidupan dia sendiri , dia takkan selamanya akan bersama dengan aku . dia pon teringin nak bercinta , keluar dengan bf tambah-II pulak sekarang dia da makin cantik , apa salahnya biar dia cari DUNIA dia . aku tak berhak sekat kebebasan dia . dan . aku tak berhak cemburukan dia .
Setiap hari dia tanya pendapat aku , oke tak iskandar tu di mata aku . demi kebahagiaan dia . takkan aku nak cakap tak oke ?? padahal aku benci gila dengan iskandar tu sebab gatal !!
sanggup pulak hati aku nak menidakkan hubungan mereka , bila hari-II N asyik puji iskandar itu ini . iskandar baiklah apa lah .. sanggup ??

Berlalu hari demi hari ...

30March2013-5pm-Kedai runcit

-harini birthday mu , ak ingat nak buat kuih ulat bulu untuk mu, sedap ... *inti kacang merah
+laa tayah laaa .. adoii ...
-takpo , memey niat aku nak buat kat mu ..tapi aku tak gaji lagi .. semput la sekarang , aku buat masa gaji nanti eh , sedap siket .. bole buat banyak
+ aah boleh buat banyak nanti boleh bagi kat abg iskandar sikettt hihihihii ..

Muka N tiba-II berubah . pastu dia ketawa . aku pon ikut ketawa . N tarik tangan aku .

'aku ada benda nak cito ngey mu '
sepanjang jalan otw nak balik aku mula perasan perubahan sikap N . dia diammm seribu bahasa . aku cerita benda lawak pon dia tak gelak . selalunya dia akan gelak jugak walaupun benda tu tak lawak , gelak sebab lucu dengan gelagat aku . tapi petang tu dia aneh sangat-II .
aku bawak dia g sawah , lepak tepi tali air , tengok matahari terbenam .. cantik !!
aku ngomel-II potpet-II bebel-II . tiba-II N bersuara .

- aku ada benda nk gtau mu pasal is .
aku dah tak sedap hati . aku senyum . N senyum dengan airmata da bergenang tunggu masa nak gugur ja. aku diam .

-aku hampir-II kena rogol dengan is malam tu . tapi dia tak sempat sebab aku datang bulan .

diam . airmata aku mengalir . betapa kelu lidah aku tak terkata , tak terungkap dengan kata-II , cukup dengan airmata yang meluah rasa . betapa aku marah , aku kecewa , aku sedih , aku benci . terbayang muka iskandar . N tunjuk kesan lebam kat tubuh badan dia , aku meraung . tangannya lebam .
dia cerita dari A-Z . sekuat manalah kudrat dia sebagai perempuan nak menolak tubuh sasa iskandar tu . aku diam . lagi laju airmata aku mengalir bila aku terpikir , kalaulah malam tu aku bagi number phone aku . mesti aku yang berada di tempat N sekarang ! mangsa kerakusan nafsu serakah jantan tak guna tu !!
Aku ajak N buat laporan polis , dia sekerasnya menolak . aib dia bukan calang-II . kalau keluarga dia di kampung tahu , mati dia . aku dah sehabis daya pujuk tapi dia menolak .
makin aku desak , makin N jauh dari aku . aku tanak kehilngan N . tapi kalau dibiar , lagi ramai anak gadis yang akan jadi mangsa  kerakusan nafsu lelaki yang bernama ISKANDAR tu !!

Gadis . take-a-note :

hati-II dengan lelaki yang berkulit gelap , berkumis nipis , tubuh sasa berketinggian 167cm , naik 125z/kereta wira tinggal area bagan teluk air tawar dalam kem TUDM . aku ada gamba lelaki tu , kang kalau aku letak kat sini membahayakan nyawa N & ofkos aku sendiri . aku rasa mamat ni memang agak wanted sbb ada yang kenal lelaki ni :) beware iskandar one fine day ko akan terima balasan . tidak didunia di akhirat pasti , itu janji ALLAH .

*aku rasa cam nak mencarut pulak haiii .. ya allah ...subhanallah..astaghfirullah ... beruntunglahh aku boleh lagi mengucap . kalau aku kuat , memang aku g pijak muka dak iskandar tu . apa nak buat , aku . tetap aku . perempuan .

Demi Allah , lepas dapat 'teguran' macam ni , aku jadi takut dengan spesis makhluk bernama lelaki . tapi sebelum ni pon aku memang xda berani pon . kenal kat fb ajak jumpa ? mimpilahh .. memang tak maunya aku .. liat !! kalau dah lama kenal lain kisahnya . Moral of the story . nak tau seikhlas mana lelaki tu nak kawan dengan kita , ajak dia datang jumpa mak ayah kalau dia nak ajak kua mintak izin . tak kisah la walau apapun alasannya , even atas dasar KAWAN sekalipun , tak semestinya bercinta , couple or tunang ja kena mintak izin nak bawak anak orang keluar . if not , tayah mimpilah nak keluar . aku tak heran kalo aku xda kuar dengan lelaki/bf serious :)
Kalau jumpa mak ayah risiko nak buat jahat tu kurang sebab ada yang tahu , ini keluar senyap-II , datang jemput tepi jalan , ikutttt ~ lastly orang rogol campak dlam semak sape pon tatau . get it ??

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang tadi duduk-II dengan ayah . sebak . rasa berat sangat mulut ni nak bersuara . last-II cakap jugak

'ayah .. nanti akak nak kawen ayah tolong cari jodoh untuk akak boleh ?? akak nak yang baik , rajin sembahyang .. sejuk mata memandang..tak semestinya hensem .. muka nur laa ..bla..bla..blaa .. akak tamau cari jdoh sendiri .. '

ayah pandang lama .

'ayah boleh cari . tapi hang tu kakak .. sembahyang kemana , puasa kemana , tak tutup aurat .. camana ayah nak cari ?? buat malu ayah jaa kat laki hang nanti kakak ...kalau diri sendiri nak orang baik-Ii kita tu dulu kena jadi baik ...'

terkedu . apa nak dikata :)


p/s : kisah ni kisah benar based my own life , tiada niat mengaibkan sesiapa sekadar berkongsi PERINGATAN , agar kita tak mudah alpa dengan godaan dunia . Nama dalam cerita ni aku da ubah demi menjaga nama baik si polan agar tidak mengaibkan beliau . Untuk pengetahuan semua kisah ni ditaip setelah keizinan diberikan oleh tuan badan sendiri . bukan rekaan mahupun penipuan semua ni tentang kebenaran . percaya atau tidak , terpulang pada pucuk pangkal hati . dan diri sendiri .
Wallahualam .

Jumaat, 29 Mac 2013

Lunch Yang Tragis :'(



Selesai urusan kat JPN Pulau Pinang kami bergegas pulang , sambil bertekak berebut nak pilih tempat LUNCH . Last-2 aku yang menang :D
HAHAHAHA

Destinasi 1 - Sunway Carnival Mall
MANUSIA RAMAI BEREBUT-II TABLE KAT FOOD COURT *al-maklumlahh lunch Hour kenn
Tukat tempat

Destinasi 2 - KFC seberang jaya
Masuk dalam KFC tu buat aku rasa tiba-2 mual+semak pandangan mata , nampak kucar kacir tempatnya , dengan ada bau kurang menyenangkan , haih . SPOIL .
Demi tanak mengada-II dahkerana perut dah meronta sangat-II terpaksa dahku dan Zulaikha tetap menyusun langkah menuju ke kaunter order makan .
1set Zinger Buger
1set Snack Plate Spicy
melenggang lenggang la kami berdua cari tempat duduk .
Berhampiran dengan sinki *konon mudah sikit nak basuh tangan -.-"

Tengah nak suap ayam dalam mulut nampak seorang abang/pakcik *aku tatau nak klasifikasikan hamba ALLAH ni abang atau pakcik sekali imbas macam muda , 2 3 kali imbas macam dah berusia . ah tak kisah la . pointny yang sebenar ialah ,
Hati nurani kemanusiaan aku tersentuh bila tengok pakcik tu buat kerja sorang diri , kemas meja , mengemop , mengelap , kutip tray-II , cawan , pinggan kotor semua . Badannya kurus melidi ..
Semuanya dibuat seorang diri , kejap-II dia picit kepala dia .
Aku perasan kejap-II muka dia berkerut cam tahan sakit .
Tak lama lepas tu aku perasan dia mula buat keja bebal-II , hempas-II tray makanan atas meja sambil merungut , mengomel sorang-II *gaya cam orang tak waras .
Bermula saat itu mood aku nak makan terus hilang tak semena . Aku cukup takleh makan dalam keadaan stress . Nak telan rasa cam tercekik .

Aku syak pakcik tu sebenarnya memang ada something wrong . Tapi takpalah , dia keja nak cari rezeki demi sesuap nasik . Pedulikanlah . Tapi yang aku geram , kat kaunter lenggang takda customer pekerja lain nganga ja , pakcik ni ngemas sorang-II .
Dahtu keja yang ada pon belum siap , doang suruh anta makanan kat table customer pulakk ,
berlari dia kesana kemari .
lepastu amik mop pulak
*padahal berlambak lagi meja yang tak dibersihkan .
pakcik ni buat keja cam tak teratur .
meja yang ini belum kemas semua , dia dah lari g meja lain pulak kemas , pastu tinggal , g meja lain pulak .
macamana laa tak kucar kacir tempat tu .
mungkin xda yang ngajar dia cara nak buat keja dengan lebih teratur kot , yela based on sifatnya yang terang-II TAK BERAPA NAK SEMPURNA .

TAPI .. YANG HAIRANNYA . MANA MANAGER ??
aku kalau jadi pakcik tu , aku g kat counter aku baling kerusi kat muka sorang-II pekerja KFC tu .
pehtu benti keja terus .
letih kott .
heyy cammon la , dia tua . buli-II dia korang dapat apa ??
demi nak ringankan sedikit keja pakcik tu aku and zulaikha tolong kemaskan tray-II yang ada agar tak berselerak sangat . kesian !
walaupun kat umah aku TAK RAJIN MANA PONN -.-"
dimanalah letaknya perikemanusiaan mereka2 yg keja kat situ .
sampai hati buat cemtu .
Ini bukan soal nak tunjuk baik . tapi mana pergi hati nurani belas kasihan mereka-2 yang ada kat situ ??
Ini pandangan mata kasar aku ,
boleh jadi tanggapan aku tu salah .
Tapi , aku tetap takleh terima ! hah MUKTAMAD !!

Last-II , makanan yang dibeli memang da tak sanggup nak telan , tak terdaya nak menelan .
Terpaksa take away .
Balik makan dirumah jahh AMAN SIKIT !

#Norma Hidup
tak segalanya indah
tak semuanya bahagia
tak semestinya bernasib baik
tak selalunya dapat apa yang kita inginkan
segalanya TAK :)

Sabtu, 16 Mac 2013

Jodoh Orang Tua

Tengok kiri tengok kanan . Sunyi . Semua orang dah masuk bilik masing-II dibuai lena yang indah-II belaka . Aku ja yang tercangak depan lappy ni sambil termenung .

Terngiang-ngiang KATA-II makteh petang tadi .
Dah 2 kali dia bertanya benda yang sama . Dan mintak jawapan yang sama . Ayah tak terkecuali sama-II mengiyakan . Yaa. Terbaik ayah . Terima kasih ...

8jam sebelum :

Ayah ajak pegi kenduri , bersiap . Pegi dengan mama & ayah . Jadi anak manaja harini . Iman tak ikut , angah keja . So aku jadi 'anak tunggul' harini , heaven . Mintak apa semua dapat harini haha .
Lepas majlis kenduri tu drop by kat kedai mak teh . Niat di hati nak jumpa si kecik saffiya , tapi MALANGNYA ! minggu ni turn dia balik dok dengan tok kat mahang nun . Thanks saffiya , auntie da rindu kamu separuh mati !!
Saffiya takda , hampa . Tapi kembali gembira nila tengok kueh pau makteh yang sedap tu bergelimpangan atas meja , nafsu serakah tak dapat dibendung lagi .

Sedap dok mengunyah penuh laqhaa , mak teh datang dekat sambil senyum-II . Tiba-II diraih tangan aku pehtu usap-II . Dah kenapa pulak makteh ni ..

'kakak ada boyfren dakgi ?? '

'err boyfren ?? kenapa ni ?? ' **mati dah aku , dia nampak aku kat mana-II ka ni **

'kakak umoq berapa dah ??'

'21 dah siahh oii ..' JAWAB AYAH .

'mak teh nak rekemen sorang budak lelaki ni kat hang mau dak ?? baik budak tu .. selalu dok beli kueh kat sini'

'err.....' *ayat lebih kurang cam tahun lepas*

'haa elok la siah oii bagi menikah buang dia ni...' KATA AYAH LAGI !

'dia tamau perempuan kerja , dia nak bini jadi surirumah ..kakak mau dak'

******siaran tergendala******

apa yang mereka-II ni sibuk nak kawenkan aku ? oke . last year pon makteh tanya soalan yang sama . nak kenenkan dengan orang tu orang ni . Dear mak teh , im still young laa , 21 baru . Chill !
Tapi kekadang hati dok sedia gatal nak menikah , tapi bila orang nak bagi menikah au pulak yang tamau .

bukan mudah nak menjadi seseorang dalam hidup 'seseorang' . Tambah pulak dia bukan orang yang kita kenal . baiknya bagaimana , buruknya bagaimana . Tak mudah bagi aku , and tak adil untuk dia nanti :)

Seperti yang dah diberitahu sebelum ni , tak mudah nak dapatkan hati aku :)
mampukah dia nanti ? nak melayan satu persatu tingkah aku yang BERKEMUNGKINAN BESAR akan memeningkan kepala dia . Aku tanak sampai SATU tahap terlintas dihati dia menyesal menikah dengan aku HAHAHHA
lalu ?? Siapa yang harus dipersalahkan ? Adakah orang yang tolong rekemenkan yang patut dipersalahkan ?? HAHAHA

Aku tak pernah tetapkan had umur untuk berkahwin , kalau jadoh awal , awal la aku kawen . Kalau lambat , lambat la aku kawen , Kalau takda , maka takda lah :)

Tapi andai laa aku tak berkesempatan kawen & ada anak sendiri dengan memana lelaki , mungkin aku akan amik anak angkat kot , insyallah . Sampai masanya if aku dah boleh beri 100% komitmen dengan kehidupan aku , mampu manage everything dengan jayanya  AND ofkos bila aku sendiri da cukup matang and bersedia galas tanggungjawab , aku akan tunaikan hasrat hati aku ni :) DOAKANLAH .
Even anak tu nanti bukan lahir dari rahim aku sendiri , aku harap sangat nanti aku da tua dia nak jaga aku -.-"
sedih tau tua-II hidup bersendirian , Tak sanggup dahku menghadapinya , muda-II remaja takpalahh ada kawan-II boring boleh keluar cari syurga dunia . Ni kalau da tua nak mati , menghabiskan sisa hidup bersendirian sangat lah tragis !

Hmm okayy babai , nak tengok movie kat tb 3 niaa cerita apa laa malam ni eh -.-"
**sambil ratah milo seTUPPERWARE**



Jumaat, 15 Mac 2013

AWAN DANIA VS AWAN NANO




 ZaZa of the day







Seharian bawak kak ani jenjalan , since esok dia akan FLY pulang ke MEDAN INDONESIA :'(
here's some photos of kak ani :


Jam 4 petang kami lokasi kejadian yang pertama kami tuju is GIANT KULIM , oleh kerana itu je lokasi terdekat dengan kawasan peristiwa kami melantak , apa yang dimengarutkan ni ? eh . abaikan .
Pegi la kaunter tiket penuh keterujaan alih-II AWAN DANIA paling awal 4.15*jam waktu tu da kol 4.30

Next show , jam 6 petang . Okayy lewat melampau sangat . Kami pon bergegas ke lokasi kejadian lain yakni SUNWAY CARNIVAL MALL , yaa ... terbaikk . AWAN DANIA start jam 6.30pm okeh !!
Gagahkan diri , pejamkan mata , beli la jugak tiket . sambil menunggu wayang tu setat , kami pon memerayaukan diri sambil berposing sakan bajet setoks amarikan next top model . Yaa kawan-II kami ni semua model-II ANTARABANGSAT . wadefuu ~ mohon percaya .
DANNNNN ~ INILAH HASILNYA !!

Ya , saya mengaku saya debab :')

Cut off her head -.-" thanks girlS .

erghh aku abnormal atau mereka yang kurang normal :D

Saya selekeh . Yaa selekeh .

From left to right - najwa , liza , kak ani & eira

6.20PM check in Room 2  **Awan Dania**

Duduk kat seat memasing .
Aku hairan kenapa panggung ni sunyi sepi hanya kami BERLIMA dalam panggung tu . Aku agak mungkin kami ni sampai awal sangat kot . Lastly 30mint selepas tayangan , aku yakin panggung ni riuh dengan suara kami berlima ja ! BTW cerita tu sangat bestlah , kenapa tak dapat sambutan ?? or kami datang waktu yang tak sesuai sebenarnya ?? HAHAHA

oke , back to basic :)
Sinopsis cerita Awan Dania :

-Bestfriend Dania(scha) & Tania(elly mazlein)
-Jadi musuh sebab berebutkan lelaki .
-Dania :
*kasar
*more to casual girl
*matang *certain part of story laa*
*tak berapa nak cantik**kalau nak dibandingkan dengan tania laa , kalau banding dengan aku ofkosla dia patjuta kali lagi cantik
*sayangkan persahabatan .
*watak yang orang sangka jahat sebab cuba pisahkan remy & tania , but the truth is she's trying to help REMY , and at the same time dy cuba selamatkan hubungan persahabatan dia and tania :'(

-Tania :
*lemah lembut gemalai
*manja
*tapi hipokrit !
*more to kemelayuan punya gadis
*childish
*cantik comel lawa segak superb :)
*she's so FIRAUN ! jahatnya nauzubillah !


Both of them sebenarnya sayang each other . Well , bila EGO sakai batak menguasai diri masing-II tanak kalah . but the ends of story , dorang baik balik :)

Hahaha , part paling menyentap sanubari , bila Dania & Tania tetiba terFLASHBACK kenangan masing waktu mereka still BESTFRIEND .

Sumpah teringat sorang kawan , suddenly gelak . Pehtu tahu-II jahh da merambu airmata merembes keluar xtertahan . HAHAHA .
Kerana seorang perempuan bingai aku & kawan aku sekarang declair MUSUH KETAT SAMPAI AKHIRAT .  Kerana rm20 sahaja . DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA YA KAWAN-II .

Well aku anggap yang menghasut n dihasut sama-II bangang abadi lagi bingai kerana masing-II masih berfikiran keanak-anakkan . Kerana ?? Kerana RM20 , nak datang serang rumah aku bawak makk ?? madefeke~
Heyy sayang , dah cakap siang-II aku bz , just drop by kat rumah aku and TAKE AWAY your twenny ringgit get lost berambus , susah sangat kah ?? Or malu nak ami RM20 hang tu kat mak aku ?? cammon la , its just DUA PULUH RINGGIT okay , no need to drag ur mom in our buisness la . siap bawak nak mai serang , shame on you la dear . Ini mesti cadangan si Zati bingai abadi tu jugak , kalau tidak takda beraninya kau nak mcg aku sebiadab haritu , kan ??

Now , kerana diri sendiri terasa malu , tak henti-II tanya kengkawan aku if aku ada mengata kau ke tak ?? AGAIN ... cammon kayy cammon .. aku bukan bingai abadi nak jaja cerita camtu kat orang . Sendiri makan taik sendiri lah rasa mual . Aku nak tengok selama mana kau nak bertahan jadi kerbau dicucuk hidung biakan hidup sendiri diatur si Zati bingai abadi tu .. Selalu mengadu kat aku Zati itu zati ini . diri sendiri tau Zati tu camana , tapi sayang mata hati n mata zahir kau dibutakan sebab dia kaya , sebab dia ada keta GRAND LIVINA yang boleh usung kau merata alam sambil menggedik cari jantan yang sesuai ngan taste ANDA BERDUA , GREAT ! keep it up sayang !!
Semakin banyak kesempurnaan yang kau kejar , semakin banyak kerugian yang kau akan keciciran .

Nak lelaki yang hensem ada kereta ? Ada rumah ? Ada kerjaya Tetap , kerja elok ??? yaa , semua orang nak camtu , tapii MASALAHNYA pernah denga peribahasa ni tak ??
UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI :)

kita nak yang elok, tapi kita sedar tak kita layak or tak untuk dapat semua tu ?? kalau dapat alhamdulillah rezeki . Tapi sayang , belajar berpijak pada bumi yang nyata , kita bukan ada dalam kisah dongeng . kisah khayalan kanak-II . bukan ..... bukak mata , ukur kemampuan sendiri . kita nak laki hensem , masalahnya kita ni cantik ke ?? nak lelaki yang ada kereta , ada rumah ada kerjaya , kita ni bekerjaya ke ??
Zaman sekarang semuanya nak seimbang , lelaki dokter bini nurse , laki polis bini nurse , laki pensyarah bini cikgu . laki operator kilang bini pon operator kilang . see ??

Takdir memungkinkan segalanya . tapi stop berangan . sebab tuhan takkan beri apa yang kita mahu , silap-II dia bagi kita yang sebaliknya sebab DIA nak uji kita sekuat mana iman kita nak menentang kemahuan dan keperluan yang kita damba selama ni jadi bertentangan .

MALAS nak banyak songeh , tapi apa yang aku tau mungkin pasni kita MUNGKIN selamanya begini , mungkin musuh selamanya atau mungkin jugak kembali bertaut kembali persahabatn kita ni , tapi aku nak kau tahu satu ja , kalau kita baik sekalipon lepas ni benci tu tetap ada dalam diri aku , sebab aku takleh terima bila kau tolak aku kerana orang lain yang hadir dalam hidup kau tak sampai 2 tahun pun , dan lebih menyakitkan bila AKU ADALAH ORANGNYA yang sedaya upaya pulihkan hubungan diantara kau & dia yang sebelum ni keruh sekeruhnya , kerana tindakan kurang bijak aku tu , now aku sendiri dibuang :)
TERIMA KASIH , demi allah , aku ikhlas bantu pulihkan hubungan yang keruh tu , tapi bila jadi camni aku menyesal sampai satu tahap terlintas dihati ni menyumpah seranah hubungan yang pulih tu RETAK KEMBALI , bia tak bertaut langsung lepas ni , and kalau betul terjadi DEMI ALLAH JUGAK aku takkan jadi bodoh lagi pulihkan hubungan tu . MAAF .

Haa , mungkin aku takda grandlivina kot sebabb tu aku dibuang kawan :)
Carilah syurga dunia yang kau cari kalau ada alhamdulillah ^_^

moral of the story , i hate AWAN DANIA

bak kata kengkawan yang tau kisah tragis aku dan & dia
KAMI ibarat Dania & Tania

sapa terer cer teka sapa dania sapa tania :) sapa betul ada HADIAH , hahahah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

eND OF THE DAY

Gi anta najwa n iera g koje , sebab da lambat sangat ... pehtu lepak uptown kejap ronda-II cari barang .
Sambil jenjalan cari barang barang tu aku perasan orang-II kat uptown ni seakan aneh tengok aku .
Lelaki & Perempuan . pandang sekali , pastu toleh lagi .
Pandang muka , pandang badan , pandang kaki :D

Denga cakap-II orang yang selisih 


'hareyy pompuan ni tinggi gila'

'kak, hang tengok pompuan ni weh gila tinggi , dah tinggi pakai kasut tinggi lagi'

'amboi cik kak tinggi lampai haih depa'

'dah tinggi pakai kasut tinggi lagi'

'pompuan ni jalan bajet cam uptown ni runway' **padahai dia tatau aku ni da cam nak terbalik 12jampakai wedges 8inci ni**

jumpa kawan lama masa tengah asyik membelek tudung .


'hoi , hang z .. aku tak perasan sapa tadi . aku ingat patung display tadi' kata ika

'amboi depa tinggi aihh ..' kata anna & yuyu


aku pon jawab

'HAHA tengok la kasut aku tumit berapa inci punya dok ada ...'

'haa , aku cam kenai kasut nii , aku tauu hang beli katna...hahahha' kata anna.

'haaa memang la hang tau ! aku beli kat PAYLESS !! hahaha ' jawab aku :P

okebaii . tu jahh . ahahaha ... harini sepanjang hari ketinggian aku dipersoalkan tanpa henti-II
please laa , 167cm tu sangat normal , yang pakat aneh tengok aku dah kenapa ??

167+beberapa inci tumit kasut , aku rasa sangat la normal , kenapa semua pandang aku cam abnormal ??

Teringat dulu keluar dengan kawan , si Apit ..
5minit sebelum dia datang nk amik kat umah dia msesej :

"Awak , jangan pakai kasut tinggi tau .. Pakai sandal ka apa-II ja la janji kasut rendah..satgi jalan ngan awak orang ingat kakak adik.."

Dia ni special case lah , sebab orangnya pon memang KECIK . hahaha . Well , agaknya sebab  tu aku fobia kawan dengan lelaki yang rendah , hahahaha . asal berkawan jea , msti tanya , TINGGI AWAK BERAPA ?? macam tak relevan jea soalan tu HAHAHA .

OTW pulang datang seorang gadis manis datang tegur , 


'hai .. akak ni nama zaraa kann ? yang jual barang felinna tu .. ?'

terpinga-II .. Ya allah , siapa dia ni .. Aku cuba paksa-II ingatan aku cuba sedaya upaya cuba nak ingat wajah tu tapi FAILED !! Aku ni ingatan lemah sikit :(

'Err kamu ni siapa eh ?? sorry laa tak ingat ... nama apa tatau ??'

'ni yana ..'


"yana mana ehh ?? ohh yang nk order sabun tu ehh ??'

'bukan .. xpala satgi saya balik mcg kak nahh..'

DAMN ! bitchslap satu kali !! SIAPA KAH GERANGAN BELIAU ??? ahh abaikan .. jalan lagii .. singgah kedai baju .. kakak kedaii baju tu senyum .

'ni zaraa beauty shoppe pnya owner kan ?? dok juai lagi ka barang-II kat internet tu ??'

'juai lagi kak ... kak ni pernah beli barang dengan saya ka ??'


'tak pernah , tapi dok tengok gak iklan adik kat fb .. juai barang kecantikkan , orang dia pon cantikkk~'
*kakakk ni kuat menipu diri sendiri, bodek sebab nak diskaun la tuu HAHAHA*

oke , aku fedup . datang celah mana manusia-II ni ?? fuhh~
aku sangka kehebatan camera 360 sudah cukup MEMPELASTIKKAN wajah aku seperti yang digembar gemburkan sebelum ini , miahahaha !!


MOHON TERPEDAYA :D



So penat , really need to TIDUR .

Lastly : TERIMA AKU SEADANYA :)

Rabu, 13 Mac 2013

Lelaki & Bau Badan **AYAH**

    Dah menjadi hobi dahkuu merembat baju-II ayah lalu dipakai tanpa rasa SANGSI . Sejak azali okeh ..
Harini cambiasa pakai baju ayah lagi , sampai baju ayah boleh dikatakan 40% darinya jadi milik aku -.-" ya..aku memang keji ... bahahahhaa...

Aku suka pakai baju ayah , sebab aku rasa diri ni macho bila pakai baju-II ayah . siyes kayy siyess .. Lagi satu , dah menjadi tabiat aku suka bau baju ayah , sebab bau badan ayah kuat !! Tapi bukan bau busuk -.-

Tahu tak sebenarnya tubuh badan manusia ni sebenarnya ada aroma tersendiri ??? Tapi tak semua orang dapat kelebihan ni .. hahaha . Contohnya macam ayah :)
Bila baju dibasuh berkali-2 pon tetap ada bau ayah kat baju tu ...

Tak hairanlah masa aku sambung belajar kat KL dulu aku bawak baju ayah sahaja penuh satu bag ! Bila rindu ayah amik baju peluk , amek bau baju tu :') hilang rindu . oke . tipu ... Camana sekalipon sehari patbelas kali kena call ayah tanya da makan ? da minum ?? da mandi ?? bila tanya 


'ayah rindu kakak tak ??'
ayahh jawab

'TAK' 
serta merta kembang kecik kembang kecik ati ! bahahaha .. nak rindu apanya sehari patbelas kali tepon , nak mandi tepon , nak g makan tepon , nak p shopping tepon .. hahahaha ..

Kalau rindu mama ?? hmm TENGOK UBAT SENGGUGUT hilang lah rindu ... tapi kalau sakit mesti nangis sedu sedan call mama -.-" tapi mama cool jaa . nampak tak aku ni bukan anak kesayangan ?? HAHAHA

OKE BACK TO OUR TOPIC 


fakta mengatakan bau peluh lelaki boleh menghilangkan stress . ERGHH siapa yang mereka2 fakta bingai cemni haaa ???


"Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki."


COPY & PASTE

Sejauh keberkesannanya aku tatau la pulak kann . Tapi kalau bau baju ayah memang buat aku tenang :)
He's my dad remember ??? Dialah satu-nya lelaki yang akan menyayangi aku sepanjang hayatnya tanpa berbelah bahagi :')

Aku dah muak damba cinta lelaki yang aku yakin takkan pernah abadi , hahahaha . oke lari topik lagi .

Everyday is my DAY :)

TERIMA KASIH SUDI BACA .

Selasa, 12 Mac 2013

PENDERAAN KANAK-II -TALIAN NUR 15999-

Aku dah tak menahan , menggigil-II kaki tangan ni tercangak depan pintu rumah tunggu masa nak SOUND hakak depan rumah ni ..
Terjerit2 , maki hamun , pastu dengar budak-II kecik nangis . Haaa ni yang buat aku LAGI MARAH !!!

Dengar Si Perempuan Gila tu merepek

'Aku dah kataaaa .. jangan tipu aku ..Hang tipu aku jugakk...'

'Hampa ingat aku ni kuli abdi hampa ka B#!% I oii '

'Aku meluat tengok muka hampa ni !!'

'Aku tak sukaaaa .. aku tak sukaaaaaaa hang paham dak ??!!'

selebihnya lebih kepada menjerit dalam bahasa batak , sepatah haram aku tak paham . jerit pulak style nyaring kaw-II punyaa . Tak menahan telinga aku mendengar , dengar suara dia saja sudahh laa , ni selang seli pulak dengan tangis budak kecik ..

Hairan betul lah haku , yang menyewa rumah depan ni tak pernahnya orang elok-II , semuanya tak berjenis . Tuan rumah pon sama bangang , tau nak duit jaa , bukan nak selidik dulu orang camana yg nak menyewa rumah tu .

Sejarah penyewa yang menyewa rumah tu ,
1-pasangan suami isteri (isteri bermasalah)
2-pasangan suami isteri (dua-2 bermasalah)
3-orang bujang (gatal/perasan hensom)
4-budak-II bujang (bermasalah,usung perempuan bawak balik rumah)
5-pasangan suami isteri bermadu (tinggal serumah, suami gatal , isteri muda sawan)
6-pasangan suami isteri (hisap ganja)
7- perempuan GRO
8-pasangan suami isteri bermadu (isteri gila) << INI YANG TERBARU

Agaknya kekangan hidup yang memaksa mereka semua ni jadi sawan kot . Tapi yang kesiannya kat budak-II laa adoii . setiap hari dengar budak lelaki nama anas menangis mintak ampun mintak maaf kat perempuan tu .

'anas janji makk anas tak buat dahh .. janji ..' nangis-II pastu diam . pastu meraung . pehtu denga perempuan tu membebel lagi .. pehtu denga suara budak kecik tu lagi .

'anak tak tak tipu ..anas tak tipu makk .. sakit mak '

Agak-II la kan kalau sekali lagi aku dengar budak tu menangis , patut atau tak aku buat report ja -.-
Bunyi cam over , tapi aku tak tahan dah haih .

Tunggu masa aku nak jerkah sedaih kak sawan tu , nak berbunuh pon peduli apa aku , kampung aku .. Dia mai menumpang dok banyak songeh plak .

MUKA MEMBARA NI (>_<)

LARI DARI KEBIASAAN




Melayan lagu Fransisca Peter & Jamal Abdillah > KEHEBATAN CINTA *cinta lagi !!

hahahha ... oke . kali ni kita lupakan sawan cinta , nak cerita pasal hari-II yang alhamdulillah membahagiakan semenjak dua tiga empat menjak nii ^_^

Lepas berhenti study aku cari kerja alhamdulillah , reseki aku dapat kerja dekat PUNCAK MUTIARA CAFE .. Agak lama aku kerja kat situ .. Situ lah tempat keja palinG DAEBAKK , surrounding , kawan-II , lifestyle keja kat situ memang BEST !! 

antara aktiviti daebakk masa keja kat situ

-well .. as waitress sangat menuntut keterer-ran aku aku meng-potpet-kan diri sambil menjana pendapatan .

**1st day keja 1st customer aku serve sorang datin :) ya allah .. dia orang kaya paling humble penah aku jumpa . Datin tu ngan ayah beliau sangat BAIK okayy . Dengan tersipu-II malu nak amik order aku ni dengan tak malunya buat pengakuan

'PUAN , SEBELUM SAYA AMBIK ORDER NI SAYA NAK GITAU .. SAYA 1ST DAY KERJA KAT SINI KALAU SAYA ADA BUAT SALAH ATAU SILAP SAYA HARAP PUAN TAK MARAH SAYA ..' - rasa macam nak sorok muka bawah alas meja makan tuu

dengan humblenya pulakk datin to say :

' OH YEKE SAYANG .. HMM BOLEH LA KITA BULI DIA KAN AYAH ?? APA NAMA KAMU ?? '

'ZAZA PUAN ..' dalam hati da maki diri sendiri . asal g bgtau nama kat datin ni tak memasal kang dia report kat supervisor hakuuhhh -.-

'ZAZA YE ... HMM TAYAH PANGGIL SAYA PUAN-II , PANGGIL MAKCIK SUDAH . ' 
senyum-II ya allah cantiknya datin ni oii ..
pulun laa aku amik order bg serve terbaik kat dia , datin oi jangan dibuat main . boleh pulak diajaknya aku bersembang makan semeja dengan beliau . oke tu melampau . terpaksa tolak penuh dengan sopan santun demi tak mengguris hati beliau , alhamdulillah dia paham . Paling aku terharu is ..everytime dia datang makan kat puncak dia akan mintak supervisor cari aku , sebab dia nak aku yg serve dia . bawak dia jalan-II dalam puncak . Kerana kes tu jugak lahh SUPERVISOR aku benci aku sampai tahap KRITIKAL .. memanjang nama aku masuk meeting . ALASAN ?? tak profesional ??? RAMAH TERLAMPAU ?? banyak cakap ???
hahaha pegi matilah kauuu . 


-lagi satu bestnya keja kat puncak niaa sebab KAWAN-II .. yaa .. kawan-II susah senang . makan free boleh kawtim . most fav food aku kat puncak chicken chop & tapai ais krim :)
sadari kawan-II aku memang baik hati salu dapat EXTRA :) heuww


-boleh mengulat siap tido termimpi-2 . gempa bumi datang pon xberasa :P

-petang-2 main dengan anak kambing , bg anak kambing minum susu laa. BEST !

-bila musim durian paling best , pantang denga bunyik gedebuk !! berlari3 semua tak ketahuan punca :D hahaha cari datang dari arah mana bunyi tu , sapa nasib baik dapat DURIAN FREE la jawabnya ^_^
aku antara org yang selalu BERTUAH . hahahah makan durian free&CURI xmintak izin kat boss pon .. makan buat rilex tanpa rasa bersalah ..


-lepas habis keja salu buat keja gila bawak moto ramai-2 pegi lenggong . tak pon karoke SELALU okayy !
tu kalo shift petang laa , kalo shift pagi jangan mimpilaa nak kuar kann :)

-keja kat puncak rasa macam satu family walaupun selalu bergado , hahaha last-II baik jugak ..


lepas benti keja , aku rehat kat umah kejap . pastu kawan bg cadangan try mintak keja dengan sedara dia yang baru bukak COOLBLOG kat permatang pauh , ALHAMDULILLAH rezeki aku lagi .. dapat keja tu .. pegi kursus bagai .. balik penang keja seminggu benti . tak menahan oii brdiri 12jam . duduk kejap orang datang ..  tak sempat rehat . plus kat situ aku perasan DISKRIMINASI berlaku a.k.a PILIH KASIH . aku taleh accept lalu aku quit ..

LALU ..... JENG JENG JENG *sila bedebar-II

BERMULALAH LANGKAH AKU SEBAGAI BISNESWOMAN SEPENUH MASA KAT RUMAH :)


bermula dengan jadi dropshipper kepada seorang akak ni , YAZIETA namanya . slow-II jual barang kak ieta ni sikit-II ... sambil menjual barang kak ieta , aku tak dok diam jugak .. buat hairclip sendiri jual , buat gelang kaki , headband untk baby-II agak slow .. 

Aku try bisnes jual satu produk KURUS nii , hasil teruja tengok 'kawan lama' amik produk tu badan beliau susut dengan jayanya , dari saiz XXL bertukar ke M/S cemtuu ... jual punya jual alhamdulillah sale meningkat dari sehari ke sehari , tu pon jenuh aku gigih pomot sana sini buat muka tak malu . JUAL PRODUK KURUS TAPI AKU SENDIRI BESAR GEDABAK CAM PETI AIS . takpe , sabar lagi . sambil2 menjual tu aku pon amalkan produk kurus tu dari shari ke hari . alhamdulillah susut , kawan-II yg perasan mula percaya , and order stok melimpah-II . Masa tu DAEBAKK gila la kann , kufur nikmat semaksima mungkin .. Lalu tuhan pon menguji .. Berlaku masalah macam-II , ada yang dengki , buat khianat kat aku sampai nama aku BLACKLIST dr company tersebut .. aku takboleh jual LANGSUNG produk tu dah after nama aku di TERMINATE . menangis , bebal mengamuk satu rumah , 1 NIKMAT tuhan rentap dari aku ...
Sakit , sumpah sakit .. jatuh tersungkur aku waktu tu .. berhari2 menangis takleh terima kenyataan . bukan sebab dah takda duit , tapi sebab aku tak dapat peluang nak bela diri aku sendiri terus orang jatuhkan hukuman kat aku tanpa mereka2 siasat dulu , lama-II aku belajar redha . ayah kata :

'ALLAH TU NAK BAGI REZEKI YANG LEBIH BAIK UNTUK KAKAK..'


Aku pegang kata-II tu . Bangun balik dari KEGAGALAN SEMALAM . 
Buat bisnes felinna , alhamdulillah .. lancar ... perlahan-II amik stok sendiri da tak bergantung dengan orang lagi .. Dalam hal ni ayah banyak membantu , dia yang suntik modal .. Aku cuma jual barang :)

Aku berusaha segigih mungkin , aku sanggup buat apa saja . Aku mampu buat benda yg mungkin tak semua orang pilih untuk buat .

Aku buat pamplet sendiri,flyers sendiri , iklan sendiri ..







Aku berjalan dengan adik aku berjalan dari satu kereta ke satu kereta .. dari satu shopping complex ke satu shopping complex edarkan flyers . Dengan panasnya tuhan ja tau . Letih berjalan . Dengan kudrat perempuan aku , aku buat something yang gila camtu :)

Ada masa lapang kawan aku teman g tempek iklan kat public-2 phone , kaki lima kedai , tiang-II TNB hahaha ... dengan seluar pendek t-shirt gabai aku buat kerja tu . Semua taman kat kawasan rumah ni aku tawaf , aku tempek iklan , tembok sekolah juga tak ketinggalan .

Ayah pulak tak kisah tolong hanta aku pegi edarkan flyers tu semua , walaupun dia pernah suarakan KETIDAKYAKINAN yang usaha aku ni macam sia-II , Aku sahut cabaran ayah , dia senyum ja tengok aku edar flyers tu dari satu kereta ke satu kereta yang lain . Habis mengedar flyers dia bawak kami balik .
terima kasih ayah :')


NOW , aku da ada regular customer aku sendiri alhamdulillah . kawan-II , jiran-II customer-II banyak yang membantu . Tolong kenalkan aku dengan kawan-II memasing . BERTAMBAH lagi rezeki aku . Hidup takdalah semewah mana , tapi aku mampu lagi sara diri aku lagi ..


Ada yang ingat aku ni duduk kat rumah menghabiskan beras ja , joli duit ayah aku , APA YANG MEREKA-II TU SEMUA TAU PASAL AKU ??? haha .... mulut orang bukan macam mangkuk jamban boleh ditutup-II , biarkan mereka dengan andaian mereka :)

Berbangga dengan pencapaian aku sekarang , belum cukup berpuas hati tapi alhamdulillah ni rezeki yang dah ditetapkan untuk aku . DOAKAN SAYA !!

Ahad, 10 Mac 2013

Impian Tak Seindah Harapan .


MAAFKAN SAYA .

Duduk , termenung . Godek-II phone , terbaca mesej-II lama yang aku sangka dah padam , rupanya ada lagi yang tercicir .
Belek mesej dari bawah scroll ke atas , beribu mesej . 

Senyum . 
Ambik album , belek daru muka pertama sampai terakhir . Tutup .
Kenangan tu indah kan :))

Teringat janji-II , pedih . Saya mintak maaf sebab selama awak ada didepan mata tak pernah sekalipun saya hargai . Bila awak menjauh baru saya mencari . Saya yang tak memahami awak , atau awak yang tak memahami saya ?
Walau apapun alasannya , saya tetap nak mintak maaf . 

Sebab janji-II saya yang banyak tak tertunai .
Antaranya , saya pernah berjanji nak jadi isteri awak sampai akhirat . Saya da janji akan jadi ibu kepada anak-II awak . Saya janji nak jadi pelengkap rusuk kiri awak . Temani hari-II tua awak bersama . Tapi tak satu pun saya dapat tunaikan . 
Bila tengok awak dengan orang lain , sukar untuk saya tafsirkan apa yang saya rasa waktu tu .
Tangisan . Ya . Tangisan . Tangisan yang tak pasti puncanya . Tangis kerana gembira kerana lihat awak bahagia , atau tangis duka tanda saya sakit melihat awak dengan orang lain ?

Sebelum ni , bila awak cuba dan terus cuba untuk selamatkan hubungan kita , saya selalu menafikan takda apa-II pun lagi yang tinggal untuk kita selamatkan , saya nekad saya tanak lagi bersama awak . Saya nak berhenti menyulam angan tak pasti dengan awak .
Tiba saatnya nanti , MUNGKIN awak terlebih dahulu bina mahligai dengan orang yang lebih baik dari saya tentunya , pasti saya tak boleh tahan diri saya dari memberontak :)
Masa tu saya mesti rasa tak adil buat diri saya bila awak bina kebahagiaan awak dengan orang lain . KEJAM kan saya ??

Walaupun saya terpaksa terus menipu seumur hidup saya demi kebahagian semua orang saya sanggup . Demi ALLAH saya sanggup .


Pada yang cuba mendekati , saya mintak maaf saya tak boleh terima awak bukan sebab saya masih teringatkan dia yang dulu penah hadir dalam hidup saya DULU . Bukan kerana saya masih mencintai dia , tapi sesungguhnya cinta itu perlu kereelaan , keselesaan , keserasian . Saya tak rasa semua benda tu bila dekat dengan awak . Macam saya cakap , kalau dari awal saya dah rasa 
 ' awak takkan lama dalam hidup saya ..'
itu bermakna dari awal lagi naluri hati saya da menafikan kehadiran awak . Janganlah terus berusaha untuk jawapan yang sia-II .


TUHAN TAK BERI APA YANG KITA MAHU , TAPI DIA BAGI APA YANG KITA PERLU :)

kita suka dia ,
dia tak suka dia ,
kita tunggu dia ,
dia tunggu orang lain .
dia ditinggalkan ,
kita yang dia cari :')



ANDA MENGAJAR SAYA ERTI DUKA :)
SAYA TAK PERNAH BERI ANDA BAHAGIA . FAIR & SQUARE

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LUAHAN HATI :

Rabu, 6 Mac 2013

Tanya sama Hati





Terhenti Disini :)


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu



Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini



Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini



Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini



Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta



Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini



Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya

  Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta



Berhenti fikir soal orang fikir diri sendiri 1st :)
Kadang , mudah bagi orang yang bercakap tapi mereka mereka tak berada di tempat kita . Pedulikan mereka . Cerita kita , biar kita sendiri yang tentukan jalannya bagaimana . Baik atau buruk itu pilihan kita .


Dalam hal aku pilih untuk biar diri aku belajar menerima . Tapi aku gagal . Ada sesuatu yang sekat kemahuan aku . Dia datangkan aku ujian . Diberinya 2 pilihan . Alhamdulillah mudah untuk aku buat keputusan tapi sayang aku ni spesis tak sampai hati nak berlaku jujur . 




Tapi walaupun keputusan kali ni mudah aku bagi aku . Tapi still ada sesuatu yang menganggu aku -.-
Aku rasa takda hati nak berkasih sayang , aku boleh buat hati batu endah tak endahkan semua orang . Manusia datang dan pergi dalam hidup aku , dan aku hanya mampu melihat , dan merelakan . Yang hairannya aku tak sedih , terkilan ter..ter..ter semuanya . Aku rasa jiwa aku mati . Aku yang mati , atau mereka yang datang tu sebenarnya takda hati ??? Kalau sayang , kalau cinta kenapa tak rasa ? kenapa tak nampak ??? Rasanya tu bukan cinta sebab tu aku jadi cam tunggul kayu takda rasa . Nak datang ..datang ..nak pegi ..pegi .. takda rasa nak halang .






Tengah menaip entry ni pon cam takda hati , apa yang aku tuliskan pon aku tatau . **pura pura tak sedar diri**
Kebodohan apa la yang berlaku sekarang ni ?? Nak buat istikarah , aku takut jawapannya sama seperti sebelum ni . Tak buat istikarah pon aku da dapat agak apa kesudahannya . Tinggal tunggu dan lihat . Tamau LIHAT dan TUNGGU macam sebelum ni . 
Sejujurnya aku ni takda sesolehah mana pun , tapi bila datang saat getir aku perlu leraikan kekusutan dihati pada DIA juga lahh aku mengadu , alhamdulillah , walaupun aku SELALU abaikan DIA . DIA sekalipun tak pernah abaikan aku , setiap luhan hati didalam setiap doa aku dia bagi petunjuk . Dan selalunya dengan mimpi :)

Cinta-2 yang gagal sebelum ni banyak dapat tanda . Antaranya persamaan mimpi bila orang yang aku sayang tu datang dalam mimpi aku dalam keadaan sedih/muram tangan aku dia genggam erat , tapi tak lama perlahan-lahan genggaman tangan tu dilepas . Lama2 mimpi tu kabur . Bila bangun tidur aku menangis . Rasa cam mimpi tu betul . dan memang mmpi tu memang datangkan petunjuk , tapi tidaklah tiba2 tu terus putus . 2-3 tahun camtu putus :) ANOTHER ONE IS bila aku mimpi dikejar , lepas aku kejar balik orang yang dikejar tu hilang dari pandangan .  itu petanda2 yang aku salu dapat . so , kali ni aku da tanak mengeluh mengadu lagi aku takut jawapannya SAMA :')






Nak jadi apa pun jadi lahh ~ aku terima seadanya . Jika ada . ada . jika takda .pegi mati laaa :)

terima kasih sudi baca .

Ahad, 3 Mac 2013

DUNIAKU TERHENTI :)


DUNIAKU TERHENTI

2-3-2013



Monday blues :)

  Bermula kisah , aku tak semena bagi cadangan gila kala jam menunjukkan  2PAGI . Jari jemari pantas dail number seorang kawan :)

MY - NH , hang balik keja nanti singgah umah tauu ..
NH - Ha .. kang aku sampai aku terus g umah hang , otw nak balik keja dah ni ..


  Jumpa.Borak.Gelak-II 

MY- NH jom keluar :'( bosan , nak cari angin .
NH- aku mmg nk ajk hang keluar . jom p rnr nak tak ??
MY- oke gak . sat , aku siap .

  Terkedek-II la kami menuju RNR saat jam menunjukkan pukul 2.30PAGI . park moto . pegi toilet . kemaskan rambut . *HARUS
Duduk-II menghadap pantai sambil borak-II konon nak cari ketenangan . tapi HAMPASS . bunyi bising moto-II mat rempit menjahanamkan mood kami nak bertenang tenangan layan bunyi ombak menghempas pantai -.-"

  Tengah borak-II tiba-II terpacul nama abg zul dr mulut aku . TAK SENGAJA .
Muka NH tak semena terus berubah .

MY- NH kenapa hang da tak keluar dgn abg zul tu ?? hang tak suka dia ka . 
NH- Aku rasa tak serasi dengan dia .
MY- Tayah tipu aku , jawapan hang tu tak cukup meyakinkan aku NH :)
NH- Hmmm . Sebenarnya aku malu nak cerita benda ni kat hang .. 
MY- Tak semua benda kita kena cerita dekat orang . Tapi Tak semua cerita kita mampu simpan sendiri , tanak kongsi dengan aku ?? :)

NH- Zul tu macam nak gunakan aku ja aku rasa . Sebenarnya 1st time date tu , aku yang belanja dia makan , tengok wayang , minyak kereta .. Sebab dia kata dia takda duit . Dia mesej aku , buat ayat kesian kata nak pakai duit nak pindah rumah la apalah , gaji tak masuk lagi lahh , takda duit nak top-up .. dia macam nak mintak pinjam duit kat aku . Sebab tu aku tak layan mesej dia , call dia . Dia dok paksa aku bagi duit kat dia pinjam . Aku mana ada duit weh , bagi kat mak aku di terengganu , bayar umah sewa , makan minum pakai , simpanan aku sendiri pon tak cukup ... Aku terus fed up bila tau jenis laki camtu .. 

Aku terus terkedu . Sumpah . Sebijik situasi yang aku pernah alami dulu , kerana sayang aku turutkan . Top-up tak berhenti , katanya nak bayar sampai kesudah tak nampak bayang duit , takpa lah aku halalkan , aku redha . anggap ja tu rezeki dia :) dah la waktu tu tak keja pulak tu . Tergamak pulak dia mintak macam-2 kat aku :')

Wahai lelaki jangan gunakan kelemahan dan kelembutan perempuan untuk kepentingan diri , anda
LELAKI , punya kudrat sendiri nak cari duit sara diri sendiri . TAK MALU KAH hidup dengan hasil DUIT PEREMPUAN ??
DUNIA AKU TERHENTI :) 
Jangan temukan aku dengan lelaki sebegini Ya Allah . Aku tanpa ragu-II penuh keyakinan tak takut mahupun kesal melangkah pergi dari hidup LELAKI seperti tu . Maaflah , bukan berkira , tapi awak lelaki . Malu la sikit , melawan hukum alam , lelaki mengharap duit perempuan untuk terus hidup ?? SHAME ON YOU :))

Berbalik pada perbualan kami :


MY- Hmm , tapi jangan cepat sangat tafsir hati budi orang NH , mana tau itu sekadar untuk menguji , dia nak tengok sejauh mana hang nak hidup susah senang dengan dia ??? Nak tengok apa reaksi hang bila dia susah ??? Mau tak hang sama-II jatuh bangun dengan dia ??  

NH- Aku taktau lah , tapi naluri aku kuat sangat , yakin sangat sebenarnya dia memang nak gunakan aku , nak kikis duit aku , lagipun tak mustahil kan ?? Memang wujud lelaki camtu . Keputusan aku muktamad , aku tak boleh go on dengan lelaki camtu . tak kisah la dia sebenarnya nak uji atau dia memang nak gunakan aku , aku tetap dengan pendirian aku . Aku tak suka . Sebab aku sendiri tak pernah memintak2 dengan lelaki . 

MY- Betul la jugak tu , aku ada teori aku sendiri , hang pon ada teori hang sendiri .. Kedua-II teori tu ada betulnya . So , ikut kata hati hang la NH mana yang baik , apa pon keputusan hang , aku selalu ada di belakang hang kawan . 

Tersengih-II main tampa-II kepala , gelak-II . *ORANG DATANG KACAU , LARI...! HAHAHAHA
ps : wahai Adam , ada banyak lagi cara nak menguji setianya seorang Hawa . Jangan pentingkan diri sendiri , TOLONG ??? Insyallah kalau setiap hubungan tu disemai dengan rasa cinta seikhlas hati & setulus mungkin CINTA TU AKAN BERAKHIR DENGAN INDAH tanpa melukakan hati sesiapa :)



JAM MENUNJUKKAN 5PAGI , KAMI PON BERGEGAS KE KASSIM MUSATAPA DEMI MEMENUHI NAFSU SERAKAH YANG TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI CANAI+GULA ^_^