Jumaat, 17 Mei 2013

Cinta Datang Bersilih Ganti . Tapi Harapannya . Ini yang Terakhir :')


26/5/2013 inshallah genap sebulan kita kenal . terima kasih sebab terima kekasaran saya selama kita kenal . tak kenal maka TAK TAU . haha . 

teringat mula-II kenal . sumpah cakap laa nauzubillah punya la benci kat dia . meluat taktau nak habaq laa . jiwang tak semena . sampai naik menyampah . berbakul-II aku hamun dia . aku ejek dia . aku kata bukan-II . tuduh bukan-II . bayangkanlah tak sampai 5mint app friend request tetiba da cakap pasal sayang . pasal cinta . oke rimas -.-"
reply chat pon kontot-II tanda tak berminat . ntah macam mana . mungkin aku angkuh sangat kot :D tuhan cuit sikit hati aku . cuba kenal dia . dalam chat . mcg . dia sangat membosankan serious . tapi kalau on call seronok borak ngan dia . melayan cerita aku . hari-II call tak kenal erti jemu betul budak ni -.-"

punya melayan sangat perangai aku sangat sampai aku naik melampau . merajuk kat dia off semua phone sehari suntuk . on phone esoknya mak aii beratus missed call . dia salu pesan . 'nak merajuk boleh . tapi please . jangan lama-II'
tak jemu . hari-II cakap sayang . bila dia tanya aku 'sayang saya tak' laju ja aku cakap 'TAK!' pehtu dia gelak terbahak-II
dia sabaq betoi . dia penah cakap masa mula-II kenal dia rumuskan aku seorang perempuan yang biadab . kurang ajar . takda perasaan . its truely me baby :)
dia kata dia cuba sabaq . dia kata orang sabaq selalu menang .
oke . we'll see . hahhaha . denga pengakuan-II kadang buat aku senyum . he says :

'insyallah .. kuat jodoh ni .. saya rancang nak bertunang lepas raya . nextyear kawen . tak kira lah dengan siapa pon jodoh saya . awak atau org lain . itu rancangan saya . saya bukan makin muda .. tapi saya harap jodoh tu awak . '

tapi wahai hati . sabar dulu :) terlalu awal kita nak buat conclusion . lelaki selalunya belum dapat dia akan berusaha sedaya upaya dia . bila kita dah ada dalam genggaman . trust me kita akan terabai wahai hati .

menyentuh soal usia . dia tua 9tahun dari aku . duda kepada 2 orang anak . bukan tu masalahnya . tapi masalahnya . perangai dia sekarang da macam aku pulak . hahaha . padah berkawan dgn bebudak :D nada bercakap pon da macam orang sekolah menengah punya bercinta . bahahaha . boleh pulak dia salahkan aku sebabkan dia jadi cemtuu =.="

alhamdulillah kalau bgado dia tak melenting memaki hamun macam sebelum ni dia bkawan dgn perempuan lain . sebab hormat :)
dan sangat-II alhamdulillah pertama kalinya aku rasa orang appreciate aku sampai cemni . dalam kasar aku ada hormat jgk kt dia . dalam kesabaran dia ada jugak tegasnya .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

CUMA .

semenjak dua tiga empat lima menjak dia mula serious cakap pasal masa depan . kawen . aku jadi takut pulak . walaupun tak dinafikan memang sebelum ni aku gedik nak kawen . dengar cerita kegagalan rumah tangga dia yang sebelum ni buat aku rasa goyah . takut pisang berbuah dua kali . berjayakah perkahwinan kali kedua ni . dengan keadaan sekarang yang kacau bilau . bilamana bekas isteri dia sekarang gila bayang balik kat dia . nak ajak rujuk kembali bersama . dia tolak . pastu jadinya pergaduhan diantara kedua belah pihak sampai melibatkan mertua masing-II . lepastu berebuat hak penjagaan anak pulak . aku takut nanti bila aku kawen dia aku pon tejebak sama dengan masalah mereka ni .. bukan maksud aku tak sanggup nak susah senang bersama . tapi aku takut nak berhadapan dengan situasi tu . aku ak kuat :(


ya allah . mudahkanlah jalan ni kalau ini membahagiakan kami . berilah kami petunjuk agar semuanya berakhir dengan situasi menang-menang . janganlah persengketaan mereka berlarutan sampai hari tua . kasihanilah mereka ya allah . kasihanilah aku . kasihanilah anak-II yang masih kecil . masalah ni akan beri kesan yang besar pada mereka kelak .

kalau dia jodoh aku . dekatkanlah hatinya dengan hati aku . jika tidak . jauhkanlah . agar kami tak saling menyakiti :')

Selasa, 2 April 2013

Kecantikkan : Jom Manjakan Diri !!




Okayy... 
Hari nie , kita cerita pasal Beauty . Dalam Malay . KECANTIKKAN .
yaa... Beauty & Kecantikkan tak dapat dipisahkan dari kaum HAWA , GADIS , WANITA , PEREMPUAN yakni SHEMALE !!
Berbekalkan ilmu Beautician atau dalam Malay-nya JURUKECANTIKKAN
Tahap 1
Lulusan Giatmara & Geomatika International College
*tak sia-II aku pegi belajar
Dan semenjak dua tiga empat menjak aku jadi jurujual barang kecantikkan merangkap Beauty Consultant kepada customer-II haku , banyak benda aku belajar . Kecantikkan bukan sekadar pada SOLEKAN TEBAL SAHAJA , tapi merangkumi segala aspek kehidupan *kemain serious je kenyataan aku ni khonnn :P
Aku sedar betapa pentingnya penjagaan kulit ,wajah , rambut dan badan ...

Seriously .. sebelum ni aku tak pernah ada kesdaran pon nak amik port segala hal menda alah ni .. 
Segala pencuci muka , moisturizer , masker , scrub , krim malam , krim siang , sunblock ..
Supplement , penjagaan kesihatan&kecantikkan dari segi dalaman .. haku tak pernah peduli ..
Since aku dah terjebak dengan dunia kecantikkan ni , aku sendiri secara tak langsung diharuskan mencuba&mengamalkan sendiri segala bagai produk yang aku jual ..
Even aku da pakai/makan macam-II muka aku tetap tak secantik lisa surihani , tak seanggun rozita che wan mahupun tak juga secomel wawa zainal -.-"
aku gagahi juga nak puji diri sendiri ..
alhamdulillah .. sebelum ni muka aku banyak problem plus kulit aku yang agak sensitif ,
terasa malas nak melayan kerenah kulit mengada-II ni ..
Dah kerana aku ni pemalas nak amik port bab kulit so , jangan hairanlah kenapa tona kulit aku tak sekata , kusam , parut jerawat , jerawat montel-II menghiasi pipi..
Punca ?? Aku selalu kenakan solekan yang sangat amat tebal kat muka bila keluar ..
Setakat cuci bengong-II dengan pencuci muka biasa tu sebenarnya tak elok .. sebab still ada saki baki kesan solekan yang tertinggal .. itu yang menjadi penyebab jerawat , kulit kusam tona kulit tak sekata ..
PAHAM ??
Now , masalah-II tu semua da semakin okayy .. Tona kulit sekarang dah lebih sekata , jerawat ?? harini tumbuh ..esok HILANG !! kulit pon da semakin glowing da tak kusam sangat cam dulu -.-"
Nak keluar rumah sekarang tak risau dah oles mekap nipis-II dah boleh keluar ..
Kadang-II tempek baby powder pon da cukup :)
hehehehe

Al-kisahnya....
Tadi , on my way ke kamar mandi , sempat belek muka kat cermin ruang tamu yang menghala ke dapur yakni bersebelahan dengan kamar mandi ..

'Eh ! kemain serabai pulak muka aku nii..kusam..tak bermaya..dengan blackhead..whiteheadnya ...hewahh hewahhhh ... nanti kau ...'



Bergegas aku lari menuju ke bilik , tanpa membuang masa lagii ...
Aku menyambar ST masker & scrub with whitening niaa..

 




Antara kebaikkan Masker & Scrub ni ialah...
*Membantu memudarkan parut jerawat & mencerahkan kulit
*Me-NYAH-kan sel kulit mati sambil mengimbangi lebihan minyak diwajah kitee~
3 M
*Melembutkan
*Mencerahkan
*Menghalus muluskan kulit wajah :D
*Menganjalkan kulit muka agar lebih berseri-II haaa
*Bertindak meresap ke dalam pori-II untuk mencerahkan kulit dengan cepat ...
*Membuang kotoran pada kulit yang menjadi PUNCA & PENYEBAB kulit kusam , gelap dan berjerawat !!


Pesanan tulus ikhlas

AWAS!!
Kepada yang mempunyai masalah jerawat yang kronik anda tak digalakkan untuk menggunakan produk yang berunsurkan SCRUB . Kerana bebola kecil scrub bertindak sebagai perangsang kepada jerawat untuk tumbuh lebih giat dan hyperaktif -.-"
JANGAN DISALAHKAN IBU YANG MENGANDUNG


Sendayu Tinggi Masker & Scrub with whitening ni ada collagen yang bagus untuk kulit ..
tak hairanlah even selepas sekali penggunaan sahaja da boleh nampak kesan yang SUPER ketara !!

Cara Penggunaan :
Picit krim sebesar duit syiling 20sen , kemudian ratakan pada keseluruhan wajah .
(Bagi proses ini: ia akan bertindak sebagai masker yang membantu mengimbangi lebihan minyak selain menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengecutkan jerawat. Ia juga membantu mengecilkan liang pori dan menyingkirkan bintik-bintik hitan dan putih dengan berkesan. Ia juga turut membantu mencerahkan wajah)
Selepas 10-15minit basahkan tapak tangan then sentalkan pada wajah dengan lemah lembut ..penuh kasih sayang ...

(Bagi proses ini: ia akan bertindak seperti skrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada liang roma yang menjadi punca jerawat dan dan kulit kusam. Bagi yang mengalami masalah jerawat serius, elakkan dari mengurut wajah terlalu lama)

Buat urutan bulat-II secara menaik selama 5MINIT dannn cuci bersih dengan air suam . Kemudian lap dengan towel bersih ..

GUNAKAN 2 KALI SEMINGGU ;)




Sementelah puas membelek muka , kita belek rambut , badan , kaki dan tangan pulakk
Rambut . Rambut ialah mahkota setiap insan , baik lelaki mahupun wanita , pengkid mahupun shemale yaa .. tanpa rambut .. keyakinan diri kita ofkoss lah DOWN .. so .. jom kita belai manja rambut kita sekali sekala ..
Tak mampu/tiada masa nak buat hair treatment kat saloon , kita buat kat rumah ...
Hendak seribu daya .. tanak seribu dalih yee ..

Black mask hair treatment

ehsan gambar dari Page : Zaraa Beauty Shoppe


Kepuasannya dijamin 98% !!
Well , since rambut diPERM ni .. macam-II bahana jadi kat rambuat niaa ..
kering , bercabang, rambut gugur , rapuh ..
Ini semua akibat penggunaan chemical dengan dos yang tinggi diAPPLY-kan ke rambut AKU ..
Hasilnya -,-"
JAHANAM lah masa depan rambut manusia sejagat ...
Kebaikkan black mask hair treatment ni da tertulis di dalam IMAGE diatas ,
MOHON BACA SENDIRI :)

Cara penggunaan :
Syampu rambut anda sebersihnya .. Lalu dibilas .. Biarkan rambut dalam keadaan lembab ..
Ratakan black mask hair treatment ke seluruh kepala ..
Biarkan selama 20-30minit
*boleh steamed sendiri dengan steamer/wap panas untuk dapat hasil rambut yang lebih haluss gebuss gebass lembut bak sutera :D
Bilas sehingga bersih dengan air suam *lebih afdal .

NOW .. WE TALK BOUT BADAN PULAA:D
Gunakan sabun dengan buih yang banyak , sental perlahan-II dengan span badan untuk tanggalkan daki serta kotoran ...
Aku herann , bila aku tanya kengkawan ..

'hampa mandi pakai span badan tak ??'
Jawapannya tak . Guna sabun biasa kemudian bilas .

Tahu tak apa perasan aku kalau mandi tanpa span badan ??
Rasa hidup ni KURANG -.-"
Mandi setakat cuci dengan sabun , lepas mandi aku still akan rasa badan aku melekit and OFKOS berminyak !!
dan aku rasa SANGAT AMAT tak bersih ..
bukan nak membajet pembersih sangat pon , tapi tak rasa melekit kah ??
Aku salu mandi sental badan kuat-II dengan span badan .
Biar kulit gelap bersih .
JANGAN
Gelap+Daki
hewahh hewahhh sangat amat mencemarkan pandangan dan akan jadi buag mulut orang tau ..
terutamanya PEREMPUAN ...
LAGI-II buat yang dah berkahwin .. jaga kebersihan .. nanti apa pula kata Encik Suami ...

After mandi , lap badan bersih-II ..
Tambahan : Pada yang suka wangi-II , nak kulit lembut tu boleh sapu & buat urutan lembut pada seluruh anggota badan dengan lotion .
Tak kisah laa lotion baby/lotion biasa .
Seeloknya gunalah lotion baby :)
bagus untuk kulit .. Xde paraben ... wangi .. lembut lagi :))
Aku salu pakai Lotion Johnson Baby Milk Lotion yang warna biru tu ..wangi .. n bagus untuk kulit kering .. sebabb
Double nousrishing ingredients for smooth and fair skin yang buat kulit kita selembut dan secerah kulit bayi !!

Huu~ Dats all ferr todayy . Nanti kita share lagi okayy :))
Time to sleep baby ...
Runsing memikirkan baby Young buat perangai pulaa .. adoii ...

TERIMA KASIH SUDI BACA ^_^





Ahad, 31 Mac 2013

Tangisan Hari Lahir : Hampir Dirogol

23March2013-Saturday Night 1.30am . Hentian rehat RnR Bagan Ajam .


Menyingkap balik kejadian seminggu lepas . Macam biasa , setiap kali malam minggu dah jadi kewajipan aku dan N lepak pantai , amik angin , tenangkan fikiran , tengok gelagat orang malam minggu , berborak sampai subuh kat pantai RnR Bagan Ajam tu . 


Selalu kami balik lewat , kadang-II menjelang subuh baru kami balik . Sebelum tu , jangan pernah menghukum kami perempuan liar semata-II kerana kami keluar melepak sampai subuh . Ya .. mungkin pandangan setiap orang tu berbeza . Kalau aku , aku pon akan buat benda yang sama . Perempuan ? Melepak kat tempat-II mat rempit pukul 3-4pagi ?? Sah-II aku cop cikaro, bohsia dan sewaktu dengannya . Dan tak hairanlah kalau orang cop kami perkara yang sama . Pedulikan mereka . Pedulikan aku .

Menjadi perkara biasa kalau dah namanya kita perempuan , duduk berdua tak berteman (bf)  mesti akan ada yang datang nak cuba nasib . Usik mengusik , mundar mandir gelisah malu nak datang berkenalan , suweet2 dari jauh , NORMAL .... bunga mana tak dihinggap kumbang ?? cer gitau ??? MUSTAHIL ! sebusuk-II bunga pon tetap akan ada kumbang yang datang hinggap *kumbang TAIK .

Lupakan soal , bunga /kumbang . Kembali pada asas cerita yang sebenar .


Malam tu aku rasa kami agak menjadi perhatian , mungkin sebab malam tu tak banyak bunga .. Dek kerana perhatian melampau tu , telah menyebabkan seseorang 'tertarik' nak mendekati aku & N malam tu .
Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa dengan t-shirt , jeans pendek n sport shoes naik 125z datang menegur . Kawan-II lelaki tu park tepi moto borak sesama doang . Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai iskandar tu mulanya okayy , prbualan kami bertiga santai , relaks , happening .. tapi bertukar kurang best bila tangan dia mula pegang-II peha aku . Aku da mula bengang . Aku perasan dari mula bersembang iskandar lebih tertumpu kepada aku daripada N , mungkin sebab N agak pendiam , dan lambat mesra dengan orang . berbeza dengan aku yang lebih cepat dan mudah mesra dengan semua orang . Aku da mula slow .. kurang bercakap dengan iskandar .. aku main-II hp di tangan . Perasan perubahan diri aku , iskandar tiba-II mintak no phone aku , tapi aku menolak sekeras-IInya . Dia cuba .. dan cuba dan terus cuba . gagal . Dia mula jemu , lastly dia try ADJUST si N pulak .. Betapa haram jadahnya lelaki tu ?? Boleh try 2 perempuan dalam masa yang sama ?  And aku sangat terkejut bila N senang hati dan semudahnya bagi phone number kat Iskandar tu . Aku terkedu . Takleh nak kata apa-II dah . Kalau melarang , nanti orang pikir aku cemburu . iri hati . takleh tengok kawan-II bahagia . okayy . go on . aku tak kisah . tapi memang aku tak sedap hati . 1st impression pon lelaki tu da buat aku benci dia , camana la 2nd , 3rd impression kan ??

24March2013

Esoknya . Aku keluar dengan N , pegi teman dia beli barang , aku pulak kebetulan nak anta barang kat customer . Petang tu sebelum balik aku ajak g pantai , N kata okayy . sepanjang kat dalam shopping mall tu dia asik bcakap pasal iskandar . aku da meluat . dia kata iskandar ajak kuar lah , ajak g makan lah , aku buat donno je . Bila da naik moto , dia boleh tanya aku balik 


'Nak pegi gak ke rnr..aku tak larat ah ??' 

okayy . aku sentap . tiba-II .. tak pernah aku nak merajuk ngan dia teruk-II macam hari tu .. Aku jadi sensitif sangat haritu .. Sumpah aku takleh sembunyikan muka cuak aku .. Masam sepanjang jalan .. N pujuk .. dia ajak pegi pantai konon nak pujuk , tapi aku menolak . aku ajak balik terus . masing-II terdiam .. Aku tak cakap banyak , lepas anta dia kat umah aku terus balik . Lepas maghrib aku rasa nak memberontak , nak menangis , tiba-II takda mood . Siap-II terus keluar g umah N nak pinjam helmet , nak keluar sorang-II .. Sampai kat umah N , aku tengok dia tengah bersiap pakai cantik-II . dia terkejut tengok aku . aku blah . pegi karoke sorang-II sampai 20 lagu . aku tau mesti dia tanak g pantai petang tu sebab da janji nak kuar ngan iskandar . sekali lagi aku terasa hati . pergi rnr sorang-II nangis . BOLEH PULAKK TERSEREMPAK DENGAN DOANG KAT RNR NIAA .. N pujuk suruh balik aku tanak , aku tak pandang muka doang langsung . tak sanggup . aku suruh N balik tinggalkan aku sorang-II aku nak tenangkan diri *kononnya . doang balik . haritu pulak aku lepak sampai jam 7 pagi . sepanjang malam tu jangan tanya apa jadi kat aku , macam-II . silap langkah haritu N hanya mampu tatap mayat aku :')

bab tu tak perlulah aku cerita sebabb point sebenarnya berkisarkan kisah N & iskandar .

25March2013

Cam biasa aku akan melepak kat kawasan kejiranan aku ni petang-II borak dengan makcik-II , kawan-II cari dosa extra . Terserempak ngan N .. dia buat muka tak bersalah , mintak tolong aku antakan dia kat shell depan umah kitoang ni , sebab iskandar dah menunggu kat situ . pegi jahanam laa , nak kua dating suruh aku pulak anta , ingat aku kuli batak eh ?? aku menolak baik-II . aku bagi alasan penat .. N hampa , keluar dengan muka masam mencuka . biarkan .

Marah macamana pon dah namanya pon kawan . aku mudah lembut , N pujuk-II gurau-II back to normal . aku belajar terima hakikat , N ada kehidupan dia sendiri , dia takkan selamanya akan bersama dengan aku . dia pon teringin nak bercinta , keluar dengan bf tambah-II pulak sekarang dia da makin cantik , apa salahnya biar dia cari DUNIA dia . aku tak berhak sekat kebebasan dia . dan . aku tak berhak cemburukan dia .
Setiap hari dia tanya pendapat aku , oke tak iskandar tu di mata aku . demi kebahagiaan dia . takkan aku nak cakap tak oke ?? padahal aku benci gila dengan iskandar tu sebab gatal !!
sanggup pulak hati aku nak menidakkan hubungan mereka , bila hari-II N asyik puji iskandar itu ini . iskandar baiklah apa lah .. sanggup ??

Berlalu hari demi hari ...

30March2013-5pm-Kedai runcit

-harini birthday mu , ak ingat nak buat kuih ulat bulu untuk mu, sedap ... *inti kacang merah
+laa tayah laaa .. adoii ...
-takpo , memey niat aku nak buat kat mu ..tapi aku tak gaji lagi .. semput la sekarang , aku buat masa gaji nanti eh , sedap siket .. bole buat banyak
+ aah boleh buat banyak nanti boleh bagi kat abg iskandar sikettt hihihihii ..

Muka N tiba-II berubah . pastu dia ketawa . aku pon ikut ketawa . N tarik tangan aku .

'aku ada benda nak cito ngey mu '
sepanjang jalan otw nak balik aku mula perasan perubahan sikap N . dia diammm seribu bahasa . aku cerita benda lawak pon dia tak gelak . selalunya dia akan gelak jugak walaupun benda tu tak lawak , gelak sebab lucu dengan gelagat aku . tapi petang tu dia aneh sangat-II .
aku bawak dia g sawah , lepak tepi tali air , tengok matahari terbenam .. cantik !!
aku ngomel-II potpet-II bebel-II . tiba-II N bersuara .

- aku ada benda nk gtau mu pasal is .
aku dah tak sedap hati . aku senyum . N senyum dengan airmata da bergenang tunggu masa nak gugur ja. aku diam .

-aku hampir-II kena rogol dengan is malam tu . tapi dia tak sempat sebab aku datang bulan .

diam . airmata aku mengalir . betapa kelu lidah aku tak terkata , tak terungkap dengan kata-II , cukup dengan airmata yang meluah rasa . betapa aku marah , aku kecewa , aku sedih , aku benci . terbayang muka iskandar . N tunjuk kesan lebam kat tubuh badan dia , aku meraung . tangannya lebam .
dia cerita dari A-Z . sekuat manalah kudrat dia sebagai perempuan nak menolak tubuh sasa iskandar tu . aku diam . lagi laju airmata aku mengalir bila aku terpikir , kalaulah malam tu aku bagi number phone aku . mesti aku yang berada di tempat N sekarang ! mangsa kerakusan nafsu serakah jantan tak guna tu !!
Aku ajak N buat laporan polis , dia sekerasnya menolak . aib dia bukan calang-II . kalau keluarga dia di kampung tahu , mati dia . aku dah sehabis daya pujuk tapi dia menolak .
makin aku desak , makin N jauh dari aku . aku tanak kehilngan N . tapi kalau dibiar , lagi ramai anak gadis yang akan jadi mangsa  kerakusan nafsu lelaki yang bernama ISKANDAR tu !!

Gadis . take-a-note :

hati-II dengan lelaki yang berkulit gelap , berkumis nipis , tubuh sasa berketinggian 167cm , naik 125z/kereta wira tinggal area bagan teluk air tawar dalam kem TUDM . aku ada gamba lelaki tu , kang kalau aku letak kat sini membahayakan nyawa N & ofkos aku sendiri . aku rasa mamat ni memang agak wanted sbb ada yang kenal lelaki ni :) beware iskandar one fine day ko akan terima balasan . tidak didunia di akhirat pasti , itu janji ALLAH .

*aku rasa cam nak mencarut pulak haiii .. ya allah ...subhanallah..astaghfirullah ... beruntunglahh aku boleh lagi mengucap . kalau aku kuat , memang aku g pijak muka dak iskandar tu . apa nak buat , aku . tetap aku . perempuan .

Demi Allah , lepas dapat 'teguran' macam ni , aku jadi takut dengan spesis makhluk bernama lelaki . tapi sebelum ni pon aku memang xda berani pon . kenal kat fb ajak jumpa ? mimpilahh .. memang tak maunya aku .. liat !! kalau dah lama kenal lain kisahnya . Moral of the story . nak tau seikhlas mana lelaki tu nak kawan dengan kita , ajak dia datang jumpa mak ayah kalau dia nak ajak kua mintak izin . tak kisah la walau apapun alasannya , even atas dasar KAWAN sekalipun , tak semestinya bercinta , couple or tunang ja kena mintak izin nak bawak anak orang keluar . if not , tayah mimpilah nak keluar . aku tak heran kalo aku xda kuar dengan lelaki/bf serious :)
Kalau jumpa mak ayah risiko nak buat jahat tu kurang sebab ada yang tahu , ini keluar senyap-II , datang jemput tepi jalan , ikutttt ~ lastly orang rogol campak dlam semak sape pon tatau . get it ??

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang tadi duduk-II dengan ayah . sebak . rasa berat sangat mulut ni nak bersuara . last-II cakap jugak

'ayah .. nanti akak nak kawen ayah tolong cari jodoh untuk akak boleh ?? akak nak yang baik , rajin sembahyang .. sejuk mata memandang..tak semestinya hensem .. muka nur laa ..bla..bla..blaa .. akak tamau cari jdoh sendiri .. '

ayah pandang lama .

'ayah boleh cari . tapi hang tu kakak .. sembahyang kemana , puasa kemana , tak tutup aurat .. camana ayah nak cari ?? buat malu ayah jaa kat laki hang nanti kakak ...kalau diri sendiri nak orang baik-Ii kita tu dulu kena jadi baik ...'

terkedu . apa nak dikata :)


p/s : kisah ni kisah benar based my own life , tiada niat mengaibkan sesiapa sekadar berkongsi PERINGATAN , agar kita tak mudah alpa dengan godaan dunia . Nama dalam cerita ni aku da ubah demi menjaga nama baik si polan agar tidak mengaibkan beliau . Untuk pengetahuan semua kisah ni ditaip setelah keizinan diberikan oleh tuan badan sendiri . bukan rekaan mahupun penipuan semua ni tentang kebenaran . percaya atau tidak , terpulang pada pucuk pangkal hati . dan diri sendiri .
Wallahualam .

Jumaat, 29 Mac 2013

Lunch Yang Tragis :'(



Selesai urusan kat JPN Pulau Pinang kami bergegas pulang , sambil bertekak berebut nak pilih tempat LUNCH . Last-2 aku yang menang :D
HAHAHAHA

Destinasi 1 - Sunway Carnival Mall
MANUSIA RAMAI BEREBUT-II TABLE KAT FOOD COURT *al-maklumlahh lunch Hour kenn
Tukat tempat

Destinasi 2 - KFC seberang jaya
Masuk dalam KFC tu buat aku rasa tiba-2 mual+semak pandangan mata , nampak kucar kacir tempatnya , dengan ada bau kurang menyenangkan , haih . SPOIL .
Demi tanak mengada-II dahkerana perut dah meronta sangat-II terpaksa dahku dan Zulaikha tetap menyusun langkah menuju ke kaunter order makan .
1set Zinger Buger
1set Snack Plate Spicy
melenggang lenggang la kami berdua cari tempat duduk .
Berhampiran dengan sinki *konon mudah sikit nak basuh tangan -.-"

Tengah nak suap ayam dalam mulut nampak seorang abang/pakcik *aku tatau nak klasifikasikan hamba ALLAH ni abang atau pakcik sekali imbas macam muda , 2 3 kali imbas macam dah berusia . ah tak kisah la . pointny yang sebenar ialah ,
Hati nurani kemanusiaan aku tersentuh bila tengok pakcik tu buat kerja sorang diri , kemas meja , mengemop , mengelap , kutip tray-II , cawan , pinggan kotor semua . Badannya kurus melidi ..
Semuanya dibuat seorang diri , kejap-II dia picit kepala dia .
Aku perasan kejap-II muka dia berkerut cam tahan sakit .
Tak lama lepas tu aku perasan dia mula buat keja bebal-II , hempas-II tray makanan atas meja sambil merungut , mengomel sorang-II *gaya cam orang tak waras .
Bermula saat itu mood aku nak makan terus hilang tak semena . Aku cukup takleh makan dalam keadaan stress . Nak telan rasa cam tercekik .

Aku syak pakcik tu sebenarnya memang ada something wrong . Tapi takpalah , dia keja nak cari rezeki demi sesuap nasik . Pedulikanlah . Tapi yang aku geram , kat kaunter lenggang takda customer pekerja lain nganga ja , pakcik ni ngemas sorang-II .
Dahtu keja yang ada pon belum siap , doang suruh anta makanan kat table customer pulakk ,
berlari dia kesana kemari .
lepastu amik mop pulak
*padahal berlambak lagi meja yang tak dibersihkan .
pakcik ni buat keja cam tak teratur .
meja yang ini belum kemas semua , dia dah lari g meja lain pulak kemas , pastu tinggal , g meja lain pulak .
macamana laa tak kucar kacir tempat tu .
mungkin xda yang ngajar dia cara nak buat keja dengan lebih teratur kot , yela based on sifatnya yang terang-II TAK BERAPA NAK SEMPURNA .

TAPI .. YANG HAIRANNYA . MANA MANAGER ??
aku kalau jadi pakcik tu , aku g kat counter aku baling kerusi kat muka sorang-II pekerja KFC tu .
pehtu benti keja terus .
letih kott .
heyy cammon la , dia tua . buli-II dia korang dapat apa ??
demi nak ringankan sedikit keja pakcik tu aku and zulaikha tolong kemaskan tray-II yang ada agar tak berselerak sangat . kesian !
walaupun kat umah aku TAK RAJIN MANA PONN -.-"
dimanalah letaknya perikemanusiaan mereka2 yg keja kat situ .
sampai hati buat cemtu .
Ini bukan soal nak tunjuk baik . tapi mana pergi hati nurani belas kasihan mereka-2 yang ada kat situ ??
Ini pandangan mata kasar aku ,
boleh jadi tanggapan aku tu salah .
Tapi , aku tetap takleh terima ! hah MUKTAMAD !!

Last-II , makanan yang dibeli memang da tak sanggup nak telan , tak terdaya nak menelan .
Terpaksa take away .
Balik makan dirumah jahh AMAN SIKIT !

#Norma Hidup
tak segalanya indah
tak semuanya bahagia
tak semestinya bernasib baik
tak selalunya dapat apa yang kita inginkan
segalanya TAK :)

Sabtu, 16 Mac 2013

Jodoh Orang Tua

Tengok kiri tengok kanan . Sunyi . Semua orang dah masuk bilik masing-II dibuai lena yang indah-II belaka . Aku ja yang tercangak depan lappy ni sambil termenung .

Terngiang-ngiang KATA-II makteh petang tadi .
Dah 2 kali dia bertanya benda yang sama . Dan mintak jawapan yang sama . Ayah tak terkecuali sama-II mengiyakan . Yaa. Terbaik ayah . Terima kasih ...

8jam sebelum :

Ayah ajak pegi kenduri , bersiap . Pegi dengan mama & ayah . Jadi anak manaja harini . Iman tak ikut , angah keja . So aku jadi 'anak tunggul' harini , heaven . Mintak apa semua dapat harini haha .
Lepas majlis kenduri tu drop by kat kedai mak teh . Niat di hati nak jumpa si kecik saffiya , tapi MALANGNYA ! minggu ni turn dia balik dok dengan tok kat mahang nun . Thanks saffiya , auntie da rindu kamu separuh mati !!
Saffiya takda , hampa . Tapi kembali gembira nila tengok kueh pau makteh yang sedap tu bergelimpangan atas meja , nafsu serakah tak dapat dibendung lagi .

Sedap dok mengunyah penuh laqhaa , mak teh datang dekat sambil senyum-II . Tiba-II diraih tangan aku pehtu usap-II . Dah kenapa pulak makteh ni ..

'kakak ada boyfren dakgi ?? '

'err boyfren ?? kenapa ni ?? ' **mati dah aku , dia nampak aku kat mana-II ka ni **

'kakak umoq berapa dah ??'

'21 dah siahh oii ..' JAWAB AYAH .

'mak teh nak rekemen sorang budak lelaki ni kat hang mau dak ?? baik budak tu .. selalu dok beli kueh kat sini'

'err.....' *ayat lebih kurang cam tahun lepas*

'haa elok la siah oii bagi menikah buang dia ni...' KATA AYAH LAGI !

'dia tamau perempuan kerja , dia nak bini jadi surirumah ..kakak mau dak'

******siaran tergendala******

apa yang mereka-II ni sibuk nak kawenkan aku ? oke . last year pon makteh tanya soalan yang sama . nak kenenkan dengan orang tu orang ni . Dear mak teh , im still young laa , 21 baru . Chill !
Tapi kekadang hati dok sedia gatal nak menikah , tapi bila orang nak bagi menikah au pulak yang tamau .

bukan mudah nak menjadi seseorang dalam hidup 'seseorang' . Tambah pulak dia bukan orang yang kita kenal . baiknya bagaimana , buruknya bagaimana . Tak mudah bagi aku , and tak adil untuk dia nanti :)

Seperti yang dah diberitahu sebelum ni , tak mudah nak dapatkan hati aku :)
mampukah dia nanti ? nak melayan satu persatu tingkah aku yang BERKEMUNGKINAN BESAR akan memeningkan kepala dia . Aku tanak sampai SATU tahap terlintas dihati dia menyesal menikah dengan aku HAHAHHA
lalu ?? Siapa yang harus dipersalahkan ? Adakah orang yang tolong rekemenkan yang patut dipersalahkan ?? HAHAHA

Aku tak pernah tetapkan had umur untuk berkahwin , kalau jadoh awal , awal la aku kawen . Kalau lambat , lambat la aku kawen , Kalau takda , maka takda lah :)

Tapi andai laa aku tak berkesempatan kawen & ada anak sendiri dengan memana lelaki , mungkin aku akan amik anak angkat kot , insyallah . Sampai masanya if aku dah boleh beri 100% komitmen dengan kehidupan aku , mampu manage everything dengan jayanya  AND ofkos bila aku sendiri da cukup matang and bersedia galas tanggungjawab , aku akan tunaikan hasrat hati aku ni :) DOAKANLAH .
Even anak tu nanti bukan lahir dari rahim aku sendiri , aku harap sangat nanti aku da tua dia nak jaga aku -.-"
sedih tau tua-II hidup bersendirian , Tak sanggup dahku menghadapinya , muda-II remaja takpalahh ada kawan-II boring boleh keluar cari syurga dunia . Ni kalau da tua nak mati , menghabiskan sisa hidup bersendirian sangat lah tragis !

Hmm okayy babai , nak tengok movie kat tb 3 niaa cerita apa laa malam ni eh -.-"
**sambil ratah milo seTUPPERWARE**



Jumaat, 15 Mac 2013

AWAN DANIA VS AWAN NANO




 ZaZa of the day







Seharian bawak kak ani jenjalan , since esok dia akan FLY pulang ke MEDAN INDONESIA :'(
here's some photos of kak ani :


Jam 4 petang kami lokasi kejadian yang pertama kami tuju is GIANT KULIM , oleh kerana itu je lokasi terdekat dengan kawasan peristiwa kami melantak , apa yang dimengarutkan ni ? eh . abaikan .
Pegi la kaunter tiket penuh keterujaan alih-II AWAN DANIA paling awal 4.15*jam waktu tu da kol 4.30

Next show , jam 6 petang . Okayy lewat melampau sangat . Kami pon bergegas ke lokasi kejadian lain yakni SUNWAY CARNIVAL MALL , yaa ... terbaikk . AWAN DANIA start jam 6.30pm okeh !!
Gagahkan diri , pejamkan mata , beli la jugak tiket . sambil menunggu wayang tu setat , kami pon memerayaukan diri sambil berposing sakan bajet setoks amarikan next top model . Yaa kawan-II kami ni semua model-II ANTARABANGSAT . wadefuu ~ mohon percaya .
DANNNNN ~ INILAH HASILNYA !!

Ya , saya mengaku saya debab :')

Cut off her head -.-" thanks girlS .

erghh aku abnormal atau mereka yang kurang normal :D

Saya selekeh . Yaa selekeh .

From left to right - najwa , liza , kak ani & eira

6.20PM check in Room 2  **Awan Dania**

Duduk kat seat memasing .
Aku hairan kenapa panggung ni sunyi sepi hanya kami BERLIMA dalam panggung tu . Aku agak mungkin kami ni sampai awal sangat kot . Lastly 30mint selepas tayangan , aku yakin panggung ni riuh dengan suara kami berlima ja ! BTW cerita tu sangat bestlah , kenapa tak dapat sambutan ?? or kami datang waktu yang tak sesuai sebenarnya ?? HAHAHA

oke , back to basic :)
Sinopsis cerita Awan Dania :

-Bestfriend Dania(scha) & Tania(elly mazlein)
-Jadi musuh sebab berebutkan lelaki .
-Dania :
*kasar
*more to casual girl
*matang *certain part of story laa*
*tak berapa nak cantik**kalau nak dibandingkan dengan tania laa , kalau banding dengan aku ofkosla dia patjuta kali lagi cantik
*sayangkan persahabatan .
*watak yang orang sangka jahat sebab cuba pisahkan remy & tania , but the truth is she's trying to help REMY , and at the same time dy cuba selamatkan hubungan persahabatan dia and tania :'(

-Tania :
*lemah lembut gemalai
*manja
*tapi hipokrit !
*more to kemelayuan punya gadis
*childish
*cantik comel lawa segak superb :)
*she's so FIRAUN ! jahatnya nauzubillah !


Both of them sebenarnya sayang each other . Well , bila EGO sakai batak menguasai diri masing-II tanak kalah . but the ends of story , dorang baik balik :)

Hahaha , part paling menyentap sanubari , bila Dania & Tania tetiba terFLASHBACK kenangan masing waktu mereka still BESTFRIEND .

Sumpah teringat sorang kawan , suddenly gelak . Pehtu tahu-II jahh da merambu airmata merembes keluar xtertahan . HAHAHA .
Kerana seorang perempuan bingai aku & kawan aku sekarang declair MUSUH KETAT SAMPAI AKHIRAT .  Kerana rm20 sahaja . DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA YA KAWAN-II .

Well aku anggap yang menghasut n dihasut sama-II bangang abadi lagi bingai kerana masing-II masih berfikiran keanak-anakkan . Kerana ?? Kerana RM20 , nak datang serang rumah aku bawak makk ?? madefeke~
Heyy sayang , dah cakap siang-II aku bz , just drop by kat rumah aku and TAKE AWAY your twenny ringgit get lost berambus , susah sangat kah ?? Or malu nak ami RM20 hang tu kat mak aku ?? cammon la , its just DUA PULUH RINGGIT okay , no need to drag ur mom in our buisness la . siap bawak nak mai serang , shame on you la dear . Ini mesti cadangan si Zati bingai abadi tu jugak , kalau tidak takda beraninya kau nak mcg aku sebiadab haritu , kan ??

Now , kerana diri sendiri terasa malu , tak henti-II tanya kengkawan aku if aku ada mengata kau ke tak ?? AGAIN ... cammon kayy cammon .. aku bukan bingai abadi nak jaja cerita camtu kat orang . Sendiri makan taik sendiri lah rasa mual . Aku nak tengok selama mana kau nak bertahan jadi kerbau dicucuk hidung biakan hidup sendiri diatur si Zati bingai abadi tu .. Selalu mengadu kat aku Zati itu zati ini . diri sendiri tau Zati tu camana , tapi sayang mata hati n mata zahir kau dibutakan sebab dia kaya , sebab dia ada keta GRAND LIVINA yang boleh usung kau merata alam sambil menggedik cari jantan yang sesuai ngan taste ANDA BERDUA , GREAT ! keep it up sayang !!
Semakin banyak kesempurnaan yang kau kejar , semakin banyak kerugian yang kau akan keciciran .

Nak lelaki yang hensem ada kereta ? Ada rumah ? Ada kerjaya Tetap , kerja elok ??? yaa , semua orang nak camtu , tapii MASALAHNYA pernah denga peribahasa ni tak ??
UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI :)

kita nak yang elok, tapi kita sedar tak kita layak or tak untuk dapat semua tu ?? kalau dapat alhamdulillah rezeki . Tapi sayang , belajar berpijak pada bumi yang nyata , kita bukan ada dalam kisah dongeng . kisah khayalan kanak-II . bukan ..... bukak mata , ukur kemampuan sendiri . kita nak laki hensem , masalahnya kita ni cantik ke ?? nak lelaki yang ada kereta , ada rumah ada kerjaya , kita ni bekerjaya ke ??
Zaman sekarang semuanya nak seimbang , lelaki dokter bini nurse , laki polis bini nurse , laki pensyarah bini cikgu . laki operator kilang bini pon operator kilang . see ??

Takdir memungkinkan segalanya . tapi stop berangan . sebab tuhan takkan beri apa yang kita mahu , silap-II dia bagi kita yang sebaliknya sebab DIA nak uji kita sekuat mana iman kita nak menentang kemahuan dan keperluan yang kita damba selama ni jadi bertentangan .

MALAS nak banyak songeh , tapi apa yang aku tau mungkin pasni kita MUNGKIN selamanya begini , mungkin musuh selamanya atau mungkin jugak kembali bertaut kembali persahabatn kita ni , tapi aku nak kau tahu satu ja , kalau kita baik sekalipon lepas ni benci tu tetap ada dalam diri aku , sebab aku takleh terima bila kau tolak aku kerana orang lain yang hadir dalam hidup kau tak sampai 2 tahun pun , dan lebih menyakitkan bila AKU ADALAH ORANGNYA yang sedaya upaya pulihkan hubungan diantara kau & dia yang sebelum ni keruh sekeruhnya , kerana tindakan kurang bijak aku tu , now aku sendiri dibuang :)
TERIMA KASIH , demi allah , aku ikhlas bantu pulihkan hubungan yang keruh tu , tapi bila jadi camni aku menyesal sampai satu tahap terlintas dihati ni menyumpah seranah hubungan yang pulih tu RETAK KEMBALI , bia tak bertaut langsung lepas ni , and kalau betul terjadi DEMI ALLAH JUGAK aku takkan jadi bodoh lagi pulihkan hubungan tu . MAAF .

Haa , mungkin aku takda grandlivina kot sebabb tu aku dibuang kawan :)
Carilah syurga dunia yang kau cari kalau ada alhamdulillah ^_^

moral of the story , i hate AWAN DANIA

bak kata kengkawan yang tau kisah tragis aku dan & dia
KAMI ibarat Dania & Tania

sapa terer cer teka sapa dania sapa tania :) sapa betul ada HADIAH , hahahah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

eND OF THE DAY

Gi anta najwa n iera g koje , sebab da lambat sangat ... pehtu lepak uptown kejap ronda-II cari barang .
Sambil jenjalan cari barang barang tu aku perasan orang-II kat uptown ni seakan aneh tengok aku .
Lelaki & Perempuan . pandang sekali , pastu toleh lagi .
Pandang muka , pandang badan , pandang kaki :D

Denga cakap-II orang yang selisih 


'hareyy pompuan ni tinggi gila'

'kak, hang tengok pompuan ni weh gila tinggi , dah tinggi pakai kasut tinggi lagi'

'amboi cik kak tinggi lampai haih depa'

'dah tinggi pakai kasut tinggi lagi'

'pompuan ni jalan bajet cam uptown ni runway' **padahai dia tatau aku ni da cam nak terbalik 12jampakai wedges 8inci ni**

jumpa kawan lama masa tengah asyik membelek tudung .


'hoi , hang z .. aku tak perasan sapa tadi . aku ingat patung display tadi' kata ika

'amboi depa tinggi aihh ..' kata anna & yuyu


aku pon jawab

'HAHA tengok la kasut aku tumit berapa inci punya dok ada ...'

'haa , aku cam kenai kasut nii , aku tauu hang beli katna...hahahha' kata anna.

'haaa memang la hang tau ! aku beli kat PAYLESS !! hahaha ' jawab aku :P

okebaii . tu jahh . ahahaha ... harini sepanjang hari ketinggian aku dipersoalkan tanpa henti-II
please laa , 167cm tu sangat normal , yang pakat aneh tengok aku dah kenapa ??

167+beberapa inci tumit kasut , aku rasa sangat la normal , kenapa semua pandang aku cam abnormal ??

Teringat dulu keluar dengan kawan , si Apit ..
5minit sebelum dia datang nk amik kat umah dia msesej :

"Awak , jangan pakai kasut tinggi tau .. Pakai sandal ka apa-II ja la janji kasut rendah..satgi jalan ngan awak orang ingat kakak adik.."

Dia ni special case lah , sebab orangnya pon memang KECIK . hahaha . Well , agaknya sebab  tu aku fobia kawan dengan lelaki yang rendah , hahahaha . asal berkawan jea , msti tanya , TINGGI AWAK BERAPA ?? macam tak relevan jea soalan tu HAHAHA .

OTW pulang datang seorang gadis manis datang tegur , 


'hai .. akak ni nama zaraa kann ? yang jual barang felinna tu .. ?'

terpinga-II .. Ya allah , siapa dia ni .. Aku cuba paksa-II ingatan aku cuba sedaya upaya cuba nak ingat wajah tu tapi FAILED !! Aku ni ingatan lemah sikit :(

'Err kamu ni siapa eh ?? sorry laa tak ingat ... nama apa tatau ??'

'ni yana ..'


"yana mana ehh ?? ohh yang nk order sabun tu ehh ??'

'bukan .. xpala satgi saya balik mcg kak nahh..'

DAMN ! bitchslap satu kali !! SIAPA KAH GERANGAN BELIAU ??? ahh abaikan .. jalan lagii .. singgah kedai baju .. kakak kedaii baju tu senyum .

'ni zaraa beauty shoppe pnya owner kan ?? dok juai lagi ka barang-II kat internet tu ??'

'juai lagi kak ... kak ni pernah beli barang dengan saya ka ??'


'tak pernah , tapi dok tengok gak iklan adik kat fb .. juai barang kecantikkan , orang dia pon cantikkk~'
*kakakk ni kuat menipu diri sendiri, bodek sebab nak diskaun la tuu HAHAHA*

oke , aku fedup . datang celah mana manusia-II ni ?? fuhh~
aku sangka kehebatan camera 360 sudah cukup MEMPELASTIKKAN wajah aku seperti yang digembar gemburkan sebelum ini , miahahaha !!


MOHON TERPEDAYA :D



So penat , really need to TIDUR .

Lastly : TERIMA AKU SEADANYA :)

Rabu, 13 Mac 2013

Lelaki & Bau Badan **AYAH**

    Dah menjadi hobi dahkuu merembat baju-II ayah lalu dipakai tanpa rasa SANGSI . Sejak azali okeh ..
Harini cambiasa pakai baju ayah lagi , sampai baju ayah boleh dikatakan 40% darinya jadi milik aku -.-" ya..aku memang keji ... bahahahhaa...

Aku suka pakai baju ayah , sebab aku rasa diri ni macho bila pakai baju-II ayah . siyes kayy siyess .. Lagi satu , dah menjadi tabiat aku suka bau baju ayah , sebab bau badan ayah kuat !! Tapi bukan bau busuk -.-

Tahu tak sebenarnya tubuh badan manusia ni sebenarnya ada aroma tersendiri ??? Tapi tak semua orang dapat kelebihan ni .. hahaha . Contohnya macam ayah :)
Bila baju dibasuh berkali-2 pon tetap ada bau ayah kat baju tu ...

Tak hairanlah masa aku sambung belajar kat KL dulu aku bawak baju ayah sahaja penuh satu bag ! Bila rindu ayah amik baju peluk , amek bau baju tu :') hilang rindu . oke . tipu ... Camana sekalipon sehari patbelas kali kena call ayah tanya da makan ? da minum ?? da mandi ?? bila tanya 


'ayah rindu kakak tak ??'
ayahh jawab

'TAK' 
serta merta kembang kecik kembang kecik ati ! bahahaha .. nak rindu apanya sehari patbelas kali tepon , nak mandi tepon , nak g makan tepon , nak p shopping tepon .. hahahaha ..

Kalau rindu mama ?? hmm TENGOK UBAT SENGGUGUT hilang lah rindu ... tapi kalau sakit mesti nangis sedu sedan call mama -.-" tapi mama cool jaa . nampak tak aku ni bukan anak kesayangan ?? HAHAHA

OKE BACK TO OUR TOPIC 


fakta mengatakan bau peluh lelaki boleh menghilangkan stress . ERGHH siapa yang mereka2 fakta bingai cemni haaa ???


"Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki."


COPY & PASTE

Sejauh keberkesannanya aku tatau la pulak kann . Tapi kalau bau baju ayah memang buat aku tenang :)
He's my dad remember ??? Dialah satu-nya lelaki yang akan menyayangi aku sepanjang hayatnya tanpa berbelah bahagi :')

Aku dah muak damba cinta lelaki yang aku yakin takkan pernah abadi , hahahaha . oke lari topik lagi .

Everyday is my DAY :)

TERIMA KASIH SUDI BACA .