Ahad, 31 Mac 2013

Tangisan Hari Lahir : Hampir Dirogol

23March2013-Saturday Night 1.30am . Hentian rehat RnR Bagan Ajam .


Menyingkap balik kejadian seminggu lepas . Macam biasa , setiap kali malam minggu dah jadi kewajipan aku dan N lepak pantai , amik angin , tenangkan fikiran , tengok gelagat orang malam minggu , berborak sampai subuh kat pantai RnR Bagan Ajam tu . 


Selalu kami balik lewat , kadang-II menjelang subuh baru kami balik . Sebelum tu , jangan pernah menghukum kami perempuan liar semata-II kerana kami keluar melepak sampai subuh . Ya .. mungkin pandangan setiap orang tu berbeza . Kalau aku , aku pon akan buat benda yang sama . Perempuan ? Melepak kat tempat-II mat rempit pukul 3-4pagi ?? Sah-II aku cop cikaro, bohsia dan sewaktu dengannya . Dan tak hairanlah kalau orang cop kami perkara yang sama . Pedulikan mereka . Pedulikan aku .

Menjadi perkara biasa kalau dah namanya kita perempuan , duduk berdua tak berteman (bf)  mesti akan ada yang datang nak cuba nasib . Usik mengusik , mundar mandir gelisah malu nak datang berkenalan , suweet2 dari jauh , NORMAL .... bunga mana tak dihinggap kumbang ?? cer gitau ??? MUSTAHIL ! sebusuk-II bunga pon tetap akan ada kumbang yang datang hinggap *kumbang TAIK .

Lupakan soal , bunga /kumbang . Kembali pada asas cerita yang sebenar .


Malam tu aku rasa kami agak menjadi perhatian , mungkin sebab malam tu tak banyak bunga .. Dek kerana perhatian melampau tu , telah menyebabkan seseorang 'tertarik' nak mendekati aku & N malam tu .
Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa dengan t-shirt , jeans pendek n sport shoes naik 125z datang menegur . Kawan-II lelaki tu park tepi moto borak sesama doang . Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai iskandar tu mulanya okayy , prbualan kami bertiga santai , relaks , happening .. tapi bertukar kurang best bila tangan dia mula pegang-II peha aku . Aku da mula bengang . Aku perasan dari mula bersembang iskandar lebih tertumpu kepada aku daripada N , mungkin sebab N agak pendiam , dan lambat mesra dengan orang . berbeza dengan aku yang lebih cepat dan mudah mesra dengan semua orang . Aku da mula slow .. kurang bercakap dengan iskandar .. aku main-II hp di tangan . Perasan perubahan diri aku , iskandar tiba-II mintak no phone aku , tapi aku menolak sekeras-IInya . Dia cuba .. dan cuba dan terus cuba . gagal . Dia mula jemu , lastly dia try ADJUST si N pulak .. Betapa haram jadahnya lelaki tu ?? Boleh try 2 perempuan dalam masa yang sama ?  And aku sangat terkejut bila N senang hati dan semudahnya bagi phone number kat Iskandar tu . Aku terkedu . Takleh nak kata apa-II dah . Kalau melarang , nanti orang pikir aku cemburu . iri hati . takleh tengok kawan-II bahagia . okayy . go on . aku tak kisah . tapi memang aku tak sedap hati . 1st impression pon lelaki tu da buat aku benci dia , camana la 2nd , 3rd impression kan ??

24March2013

Esoknya . Aku keluar dengan N , pegi teman dia beli barang , aku pulak kebetulan nak anta barang kat customer . Petang tu sebelum balik aku ajak g pantai , N kata okayy . sepanjang kat dalam shopping mall tu dia asik bcakap pasal iskandar . aku da meluat . dia kata iskandar ajak kuar lah , ajak g makan lah , aku buat donno je . Bila da naik moto , dia boleh tanya aku balik 


'Nak pegi gak ke rnr..aku tak larat ah ??' 

okayy . aku sentap . tiba-II .. tak pernah aku nak merajuk ngan dia teruk-II macam hari tu .. Aku jadi sensitif sangat haritu .. Sumpah aku takleh sembunyikan muka cuak aku .. Masam sepanjang jalan .. N pujuk .. dia ajak pegi pantai konon nak pujuk , tapi aku menolak . aku ajak balik terus . masing-II terdiam .. Aku tak cakap banyak , lepas anta dia kat umah aku terus balik . Lepas maghrib aku rasa nak memberontak , nak menangis , tiba-II takda mood . Siap-II terus keluar g umah N nak pinjam helmet , nak keluar sorang-II .. Sampai kat umah N , aku tengok dia tengah bersiap pakai cantik-II . dia terkejut tengok aku . aku blah . pegi karoke sorang-II sampai 20 lagu . aku tau mesti dia tanak g pantai petang tu sebab da janji nak kuar ngan iskandar . sekali lagi aku terasa hati . pergi rnr sorang-II nangis . BOLEH PULAKK TERSEREMPAK DENGAN DOANG KAT RNR NIAA .. N pujuk suruh balik aku tanak , aku tak pandang muka doang langsung . tak sanggup . aku suruh N balik tinggalkan aku sorang-II aku nak tenangkan diri *kononnya . doang balik . haritu pulak aku lepak sampai jam 7 pagi . sepanjang malam tu jangan tanya apa jadi kat aku , macam-II . silap langkah haritu N hanya mampu tatap mayat aku :')

bab tu tak perlulah aku cerita sebabb point sebenarnya berkisarkan kisah N & iskandar .

25March2013

Cam biasa aku akan melepak kat kawasan kejiranan aku ni petang-II borak dengan makcik-II , kawan-II cari dosa extra . Terserempak ngan N .. dia buat muka tak bersalah , mintak tolong aku antakan dia kat shell depan umah kitoang ni , sebab iskandar dah menunggu kat situ . pegi jahanam laa , nak kua dating suruh aku pulak anta , ingat aku kuli batak eh ?? aku menolak baik-II . aku bagi alasan penat .. N hampa , keluar dengan muka masam mencuka . biarkan .

Marah macamana pon dah namanya pon kawan . aku mudah lembut , N pujuk-II gurau-II back to normal . aku belajar terima hakikat , N ada kehidupan dia sendiri , dia takkan selamanya akan bersama dengan aku . dia pon teringin nak bercinta , keluar dengan bf tambah-II pulak sekarang dia da makin cantik , apa salahnya biar dia cari DUNIA dia . aku tak berhak sekat kebebasan dia . dan . aku tak berhak cemburukan dia .
Setiap hari dia tanya pendapat aku , oke tak iskandar tu di mata aku . demi kebahagiaan dia . takkan aku nak cakap tak oke ?? padahal aku benci gila dengan iskandar tu sebab gatal !!
sanggup pulak hati aku nak menidakkan hubungan mereka , bila hari-II N asyik puji iskandar itu ini . iskandar baiklah apa lah .. sanggup ??

Berlalu hari demi hari ...

30March2013-5pm-Kedai runcit

-harini birthday mu , ak ingat nak buat kuih ulat bulu untuk mu, sedap ... *inti kacang merah
+laa tayah laaa .. adoii ...
-takpo , memey niat aku nak buat kat mu ..tapi aku tak gaji lagi .. semput la sekarang , aku buat masa gaji nanti eh , sedap siket .. bole buat banyak
+ aah boleh buat banyak nanti boleh bagi kat abg iskandar sikettt hihihihii ..

Muka N tiba-II berubah . pastu dia ketawa . aku pon ikut ketawa . N tarik tangan aku .

'aku ada benda nak cito ngey mu '
sepanjang jalan otw nak balik aku mula perasan perubahan sikap N . dia diammm seribu bahasa . aku cerita benda lawak pon dia tak gelak . selalunya dia akan gelak jugak walaupun benda tu tak lawak , gelak sebab lucu dengan gelagat aku . tapi petang tu dia aneh sangat-II .
aku bawak dia g sawah , lepak tepi tali air , tengok matahari terbenam .. cantik !!
aku ngomel-II potpet-II bebel-II . tiba-II N bersuara .

- aku ada benda nk gtau mu pasal is .
aku dah tak sedap hati . aku senyum . N senyum dengan airmata da bergenang tunggu masa nak gugur ja. aku diam .

-aku hampir-II kena rogol dengan is malam tu . tapi dia tak sempat sebab aku datang bulan .

diam . airmata aku mengalir . betapa kelu lidah aku tak terkata , tak terungkap dengan kata-II , cukup dengan airmata yang meluah rasa . betapa aku marah , aku kecewa , aku sedih , aku benci . terbayang muka iskandar . N tunjuk kesan lebam kat tubuh badan dia , aku meraung . tangannya lebam .
dia cerita dari A-Z . sekuat manalah kudrat dia sebagai perempuan nak menolak tubuh sasa iskandar tu . aku diam . lagi laju airmata aku mengalir bila aku terpikir , kalaulah malam tu aku bagi number phone aku . mesti aku yang berada di tempat N sekarang ! mangsa kerakusan nafsu serakah jantan tak guna tu !!
Aku ajak N buat laporan polis , dia sekerasnya menolak . aib dia bukan calang-II . kalau keluarga dia di kampung tahu , mati dia . aku dah sehabis daya pujuk tapi dia menolak .
makin aku desak , makin N jauh dari aku . aku tanak kehilngan N . tapi kalau dibiar , lagi ramai anak gadis yang akan jadi mangsa  kerakusan nafsu lelaki yang bernama ISKANDAR tu !!

Gadis . take-a-note :

hati-II dengan lelaki yang berkulit gelap , berkumis nipis , tubuh sasa berketinggian 167cm , naik 125z/kereta wira tinggal area bagan teluk air tawar dalam kem TUDM . aku ada gamba lelaki tu , kang kalau aku letak kat sini membahayakan nyawa N & ofkos aku sendiri . aku rasa mamat ni memang agak wanted sbb ada yang kenal lelaki ni :) beware iskandar one fine day ko akan terima balasan . tidak didunia di akhirat pasti , itu janji ALLAH .

*aku rasa cam nak mencarut pulak haiii .. ya allah ...subhanallah..astaghfirullah ... beruntunglahh aku boleh lagi mengucap . kalau aku kuat , memang aku g pijak muka dak iskandar tu . apa nak buat , aku . tetap aku . perempuan .

Demi Allah , lepas dapat 'teguran' macam ni , aku jadi takut dengan spesis makhluk bernama lelaki . tapi sebelum ni pon aku memang xda berani pon . kenal kat fb ajak jumpa ? mimpilahh .. memang tak maunya aku .. liat !! kalau dah lama kenal lain kisahnya . Moral of the story . nak tau seikhlas mana lelaki tu nak kawan dengan kita , ajak dia datang jumpa mak ayah kalau dia nak ajak kua mintak izin . tak kisah la walau apapun alasannya , even atas dasar KAWAN sekalipun , tak semestinya bercinta , couple or tunang ja kena mintak izin nak bawak anak orang keluar . if not , tayah mimpilah nak keluar . aku tak heran kalo aku xda kuar dengan lelaki/bf serious :)
Kalau jumpa mak ayah risiko nak buat jahat tu kurang sebab ada yang tahu , ini keluar senyap-II , datang jemput tepi jalan , ikutttt ~ lastly orang rogol campak dlam semak sape pon tatau . get it ??

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang tadi duduk-II dengan ayah . sebak . rasa berat sangat mulut ni nak bersuara . last-II cakap jugak

'ayah .. nanti akak nak kawen ayah tolong cari jodoh untuk akak boleh ?? akak nak yang baik , rajin sembahyang .. sejuk mata memandang..tak semestinya hensem .. muka nur laa ..bla..bla..blaa .. akak tamau cari jdoh sendiri .. '

ayah pandang lama .

'ayah boleh cari . tapi hang tu kakak .. sembahyang kemana , puasa kemana , tak tutup aurat .. camana ayah nak cari ?? buat malu ayah jaa kat laki hang nanti kakak ...kalau diri sendiri nak orang baik-Ii kita tu dulu kena jadi baik ...'

terkedu . apa nak dikata :)


p/s : kisah ni kisah benar based my own life , tiada niat mengaibkan sesiapa sekadar berkongsi PERINGATAN , agar kita tak mudah alpa dengan godaan dunia . Nama dalam cerita ni aku da ubah demi menjaga nama baik si polan agar tidak mengaibkan beliau . Untuk pengetahuan semua kisah ni ditaip setelah keizinan diberikan oleh tuan badan sendiri . bukan rekaan mahupun penipuan semua ni tentang kebenaran . percaya atau tidak , terpulang pada pucuk pangkal hati . dan diri sendiri .
Wallahualam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan